Dato Berlagak Tibai Staff Hotel Sebab Tak Ikut Kemahuannya Namun Tiada Tindakan Diambil Disebabkan

Pangkat dan darjat sememangnya dipandang sebagai ukuran taraf di Malaysia oleh sesetengah orang. ianya menyebabkan keharmonian kini jarang ada di Malaysia berikutan layanan dan ketidakadilan terhadap seseuatu kes disebabkan pangkat dan darjat yang menjadi ukuran yang menyebabkan orang yang mempunyai pangkat dan darjat mula menindas golongan bawahan yang tidak mampu untuk melakukan apa apa meskipun ditindas.

Viral sebuah video seorang lelaki yang bergelar dato telah menyerang seorang lelaki yang merupakan seorang staff di sebuah tempat beliau bekerja. Lelaki tersebut dilihat pada awalnya dimaki oleh seorang lelaki yang dikatakan bergelar dato dan kemudiannya lelaki bergelar dato tersebut telah masuk dan menyerang staff yang terlibat kerana tidak mengikut kemahuan Dato tersebut.

Lelaki staff tersebut kelihatan tidak mampu berbuat apa apa sewaktu diserang dengan teruk oleh lelaki yang berpangkat dato tersebut . Menurut netizen yang memuatnaik video , laporan polis telahpun dibuat berkenaan dengan kejadian tersbut namun tiada apa apa tindakan diambil sehingga kini menyebabkan netizen tersebut mengambil keputusan untuk memviralkan perkara tersebut agar lelaki bergelar dato tersebut diambil tindakan.

Netizen mula kesal melihat kejadian tersebut kerana ianya sememangnya ketidak adilah yang kerapkali berlaku di Malaysia apabila golongan atasan dengan sewenang wenangnya menindas golongan bawahan tanpa dikenakan apa apa tindakan yang memboleh kan mereka dihukum atas perbuatan mereka menindas orang lain.

[playbuzz-item item="510bb0b6-c472-4940-9da1-93ef3e19e599" shares="false" info="false" wp-pb-id="651601"]