gais ? kawan aku cakap cukup like 200 dia kawin tahun ni , so kalau tweet ni dapat RT 5K aku kawin dengan kawan baik aku ni tahun ni . kali ni jodoh di tangan twitterians goodluck ! pic.twitter.com/pNzFueXnMo
— bajilah ? (@bajilahrabbit) October 15, 2018
Perkongsian yang telah dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Bazilah tersebut mendapat kecaman daripada warga Twitter.
Cuba Istikharah Dik, Bukan Suruh Orang Tentukan Jodoh Kau!
Kebanyakan daripada mereka berpendapat bahawa gadis tersebut tidak seharusnya sewenang-wenang meletakkan jodoh pada tangan Twitterians dan seolah-olah tidak percaya bahawa jodoh sebenarnya terletak pada tangan Allah.

Ni Real Tweet, Saya Tak Bergurau…
Apabila disoal sama ada bergurau ataupun sengaja mencari perhatian daripada warga Twitter, gadis tersebut mengakui bahawa dia sememangnya akan mengotakan janjinya untuk mendirikan rumah tangga sekiranya retweet tersebut mencecah kepada jumlah 5K.

Semoga Berbahagia Sis, Saya Sokong!
Walau bagaimanapun, terdapat juga segelintir warga Twitter yang menyokong perbuatan Bazilah dengan retweet semula perkongsian tersebut sehingga kini retweet perkongsian tersebut telah mencecah hampir 9K.

Gadis berusia 19 tahun tersebut juga mengakui gembira terhadap respons warga Twitter yang menyokongnya dan berasa lebih bersemangat untuk menetapkan tarikh perkahwinan bersama lelaki pihannya, Muhammad Asyraf Zulkifli.
Sumber : Twitter Bazilah