Kedai Ini Kerugian RM100 Dan Ubat Apabila 2 Pekerja Mereka Dipukau

Pukau, adakah ianya wujud atau tidak. Perkara ini telah terjadi lama dan bermacam macam kaedah si pemukau akan gunakan. Samada dengan menyentuh bahu, asap rokok dan macam macam cara lagi.

Memang kita tidak boleh cam siapa kaki pukau dan selalunya apabila seseorang itu telah dipukau dia tidak akan ingat apa sebenar terjadi atau dia menjadi samar samar.

Satu kejadian pukau telah berlaku tetapi ada netizen mengatakan ini bukan pukau tetapi mind trick atau psiko trick. Mind trick ini membuat kita tidak dapat berfikir dengan betul kerana kita keliru dan individu yang buat perkara ini biasanya amat berhati hati.

Rugi RM100 Dan Ubat

Kisah pukau ini dikongsikan oleh pemilik Facebook bernama Ain Kamaruddin.

Tolong viralkan kes pukau. Berlaku pada 23.10 (Selasa) kejadian berlaku di Farmasi constant jerteh berhadapan kamdar.
Waktu kejadian, seorang customer datang nak beli panadol optizorb rm5.80 bayar dengan rm100, masa nak bagi baki tiba2 customer xjadi beli, dia mintak pulangkan rm100, customer dah ambil simpan dlm dompet dia. Slps tu mintak tukar dgn panadol soluble rm3. lepastu customer mintak balik duit balance rm100 td, kami trus bg balik balance rm97.

Remark sepatutnya takde balance, sbb customer dah ambil duit rm100, tp kami masih bg lagi baki duit rm97 kpd customer tu. Jadi kami dah rugi duit Rm100 dan ubat.

GAMBARAN SUSPEK PUKAU




https://youtu.be/shQ6FzaVGeQ

SUMBER : Ain Kamaruddin