Neelofa Menginap Di Bilik Hotel RM200,000 Satu Malam

Tidak terkira berapa kali Neelofa menjejakkan kaki ke gugugan kepulauan Maldives dan nampaknya kali ini selebriti popular itu menikmati percutian yang lain dari biasa.

Melalui kemaskini terkini di Instagram, Neelofa berkongsikan pengalaman beliau menginap di sebuah bilik hotel bawah laut di Maldives yang berharga USD50,000 atau RM200,000 satu malam.

Menurut laporan Bloomberg, bilik hotel mewah dengan nama Muraka bertempat di Conrad Maldives Rangali Island merupakan banglo bawah laut pertama di Maldives dan menelan belanja lebih USD15 juta untuk dibina.



Bukan calang calang orang boleh menginap di bilik hotel mewah ini, bertuah badan Neelofa dapat menjadi salah seorang di dunia yang merasai tidur bertemankan ikan di lautan.

https://youtu.be/D9y02qWWWuw