10 Sebab Kenapa Melayu Susah Nak Maju

KALI ini hati saya terpanggil untuk mengkaji apa sebabnya orang melayu kita ni susah nak maju. Saya mengupas topik ini dari sudut pandangan mata saya berdasarkan kehidupan seharian yang saya lalui. Antara yang dapat saya lihat adalah:

1. Hasad Dengki

Ini adalah salah satu sebab kenapa orang melayu kita susah nak maju. Ianya seperti telah menjadi perkara sinonim kepada orang melayu. Walau dalam apa jua benda, mesti ada Hasad dengki. Pada saya, dengki ini boleh kita kelaskan kepada dua:

Dengki Membina

Sebagai contoh, dalam sebuah perniagaan. Restoran A menyajikan masakan ala thai. Manakala Restoran B juga menyajikan masakan yang sama. Akan tetapi pelanggan memilih untuk ke Restoran A dan Restoran B kurang pelanggan.

Timbul perasaan dengki pemilik Restoran B. Disebabkan perasaan itu, pemilik Restoran B membuat pengubahsuaian pada restorannya dan mengkaji kelemahan yang ada dan memperbaikinya.

Secara automatiknya, perasaan dengki tadi akan bertukar menjadi ‘Persaingan Secara Sihat’ di antara kedua restoran tersebut.

Dengki Memusnah

Berlaku apabila ramai pelanggan mula pergi ke Restoran B. Perkara ini boleh dicegah sekiranya pemilik Restoran A mengambil langkah yang sama seperti restoran B.

Akan tetapi, sekiranya tidak, sebagai contoh, Restoran A memikirkan cara kotor untuk menjatuhkan Restoran B seperti sabotaj, mula menggunakan amalan khurafat dan membuat cerita mengenai keburukan Restoran B. Inilah sebab Kenapa peniaga melayu susah untuk berjaya.

2. Malas

Saya perhatikan di sekeliling, memang banyak golongan ini. Dilahirkan sempurna sifat, tetapi disebabkan sikap pemalas inilah semuanya hancur.

peluang pekerjaan banyak di Malaysia ni dan kebanyakannya diisi oleh pekerja asing. Saya pernah bertanya kepada majikan yang menggajikan pekerja asing kenapa dia memilih untuk mengambil perkerja asing bekerja.

Ini jawapanya:

“Walaupun saya membayar gaji yang tidak semahal gaji rakyat tempatan, tetapi mereka boleh bekerja dengan baik, rajin, menepati waktu dan yang paling penting mereka ni boleh bekerja lama berbanding orang kita yang paling kuat pun 3 bulan dah berhenti.”

3. Tidak Menepati Masa

Ada sesetengah orang kita ada masalah yang ini. Kalau sekali dua kita boleh terima, ini selalu. Bila diberikan tugasan tak pernahlah nak siap tepat pada masanya. Dia dok sebok buat benda lain. Yang ini fikirkan la sendiri.

4. Tiada Semangat Ke’Bangsa’an

Tak pernah senang bila tengok bangsa sendiri maju. Sekarang kita boleh lihat, melayu dengan melayu bergaduh sesama sendiri. Puncanya kuasa, perempuan, politik, dan kebanyakkanya perkara-perkara remeh yang boleh dibincangkan.

5. Suka Menipu

Katanya India kuat menipu, sebenarnya sama je. Cina pun ada. Melayu pun ada. Tapi sekarang kita cerita pasal melayu. Benda ni banyak berlaku.

6. Tidak Efisyen

Pekerja ramai tetapi tetap lembap. Saya boleh bezakan bila saya kerja dengan bangsa lain berbanding dengan orang kita sendiri. Saya rasa sesiapa yang pernah bekerja di tempat majoritinya melayu tahu bertapa tidak efisyennya. Tapi bukan semua la, kebanyakkannya.

7. Suka Makan Ular

Mesti semua pelik. Bila masa kita makan ular. Yang saya maksudkan ialah ‘eat snake’ atau dalam bahasa kita mengular (curi tulang). Suka sangat hilang.

8. Nak Hidup Senang Dengan Cara Mudah

Semua orang nak hidup senang dan selesa. Tetapi orang kita ni nak senang je, tapi tak nak susah (bukan semua). Sehingga melakukan perkara-perkara yang dilarang.

9. Mampu Tapi Tak Nak Usaha

Esok anda perhatikan di sekeliling anda.

10. Rasuah

Semua bangsa pun ada yang makan rasuah. Tetapi, kat mana yang selalu berlakunya rasuah ni? Kalau tengok kat TV siapa yang banyak makan rasuah? Saya tak nak cakap, anda fikirlah sendiri.

Kesimpulannya, Tujuan sebenar saya bukan untuk memburukkan bangsa sendiri. Tapi saya sedih melihat bangsa kita pada hari ini, sekiranya tidak dibendung ianya akan menjadi seperti virus yang akan memusnahkan bangsa kita ini. Ingatlah wahai bangsaku.

‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia’

SUMBER : Pen Hitam

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express