16 Bentuk Tatu Dan Rahsia Yang Disembunyikan Di Sebalik Tatu Anggota Yakuza

Kumpulan Yazuka dari Jepun bukanlah nama yang asing lagi di dalam dunia ini. Seperti ‘rakan’ mereka, kumpulan Mafia daripada Barat, kumpulan Yakuza ini merupakan sebuah organisasi rahsia yang menjalankan sindiket jenayah secara terancang.



Meskpun Yakuza merupakan sebuah kumpulan yang sangat digeruni, namun mereka sangat mementingkan tradisi dan budaya nenek moyang mereka. Salah satu daripada tradisi yang masih menjadi amalan mereka adalah tatu yang turut dipanggil sebagai ‘irezumi’.

Menurt mereka, tatu yang dilukis badan mereka ini dapat membuatkan mereka menjadi lebih mudah untuk bergaul di dalam masyarakat, khususnya di dalam dunia ‘underground’.



Namun demikian, pada masa yang sama, Yakuza telah memberi pengaruh kepada ramai orang di seluruh dunia. Orang luar juga terpengaruh untuk membuat tatu yang sama seperti anggota Yakuza ini, tanpa mengetahu maksud sebenar di sebalik, tatu-tatu yang dipakai oleh mereka.

Berikut merupakan 16 motif tatu yang dilukis yang mempunyai maksud di sebaliknya.

#1. Ikan Koi



Ianya bermaksud bernasib baik. Di dalam mitos Jepun, ikan Koi dipercayai boleh mendaki air terjun. Ikan juga mewakili maksud ketabahan dan motivasi. Orang yang memilih melukis tatu ikan Koi ini merupakan orang yang pernah melalui pengalaman hidup yang susah.

#2. Naga



Pandangan Jepun terhadap naga ini adalah berbeza daripada pandangan barat. Jepun melihat naga ini sebagai pelindung dan bukan haiwan yang harus ditakuti. Bagi Yakuza, haiwan ini bermaksud kebijaksanaan, dan kekuatan. Tetapi terdapat perbezaan pada jenis naga ini, sebagai contoh, naga hitam bermaksud pengalaman dan naga hijau pula bermaksud alam semulajadi. Bagi naga emas pula dikaitkan dengan nilai.

#3. Burung Phoenix



Di Jepun, Phoenix merupakan burung yang telah terbakar akibat api dan lahir semula dari debunya. Ianya sering dikaitkan dengan kejayaan, penebusan, dan kelahiran semula. Paling menarik, mitos ini turut melibatkan burung Phoenix yang datang dari Cina. Ianya merupakan salah satu daripada pelbagai mitos yang dikaitkan dengan budaya Jepun.

#4. Ular



Tatu ular mempunyai banyak maksud di Jepun. Ianya sering dikaitkan dengan kesihatan yang baik dan kuasa. Dalam mitos Negara, ianya bermaksud ramalan, kebijaksanan, dan kuasa. Ianya juga dipercayai membawa maksud penyakit dan nasib buruk.

#5. Samurai



Ianya bermaksud cara seorang pahlawan. Dan pada masa yang sama ianya melambangkan keberanian, kesetiaan, harapan dan juga aksi.

#6. Bunga Ceri



Sakura atau bunga ceri merupakan perkara penting dalam budaya Jepun kerana ianya bermaksud kehidupan. Setiap kali bunga sakura jatuh dari pokok, ianya akan diterbang oleh angin dan dihapuskan dari bumi.

#7. Topeng Oni



Oni adalah bermaksud syaitan dan makhluk yang dihukum kerana kejahatan. Walaupun mereka ini jahat tetapi mereka ini sebenarnya pandai. Makanan kegemaran mereka adalah daging manusia.

#8. Harimau



Harimau atau Tora yang bermaksud perlindungan dari sebarang penyakit, syaitan dan nasib buruk di dalam budaya Jepun.

#9. Tengkorak



Tengkorak ini membawa maksud perubahan dan penghormatan pada nenek moyang. Ianya juga sering dikaitkan dengan kitaran kehidupan.

#10. The Foo Dog.



Foo Dog ini sebenarnya adalah singa yang menjadi penjaga kepada Tokong Buddha. Setiap tokong di Jepun dapat dilihat corak Foo Dog.

#11. Severed Head



Ianya bermaksud perasaan tidak takut, keberanian, dan semangat. Ianya juga bermaksud penghormatan pada musuh.

#12. Bunga Peony



Bunga Peony ini turut dikenali sebagai Botan, yang membawa kepada simbol kemakmuran, kesenangan dan elegen. Ianya turut dipanggil sebagai bunga Diraja. Bagi Yakuza, bunga ini bermaksud maskulin dan kekuatan.

#13. Chrysanthemum



Ianya merupakan tatu yang paling popular. Chrysanthemun ini membawa maksud keluarga imperial. Pada bahagian tengah bunga ini membawa maksud status sosial pahlawan.

#14. Daun Maple



Daun maple atau momiji ini membawa simbol perjalanan masa. Ianya sering digambarkan sebagai daun yang terapung di atas air atau diterbangi angin.

#15. Bunga Teratai



Sering dikaitkan dengan agama Buddha. Ianya sering membawa maksud kepada perjuangan seseorang. Dengan perjuangan ini menyebabkan manusia dapat mencapai potensi diri dengan sepenuhnya.

#16. Air



Kebanyakan tatu mempunyai elemen air. Hal ini kerana Jepun sangat mementingkan kehidupan dan penyesuaian dan perubahan. Mereka percaya air ini membawa simbol kekuatan alam semula jadi.

SUMBER : Taiko

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express