Innallilah.. Zaibo Telah Meniinggal Dunia. Ini Kata Kata Isteri Arwah Yang Ringkas Tapi Sedih

“Saya down, kenapa tahap 4?” – Zaibo lalui fasa sukar hidap kans3r

SUNGGUHPUN disahkan menghidap kans3r esofagus tahap empat, pelakon Zaibo masih mampu tersenyum ceria melayan rakan-rakan yang menziarahinya.

Derita yang ditanggung langsung tidak dizahirkan diraut wajah Zaibo yang terkenal dengan watak Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya.

Bagaimanapun ketika wartawan mStar Online menziarahi Zaibo, 62, yang kini menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh, dia mengakui sukar menerima berita sedih yang menimpa dirinya itu.

“Sejujurnya saya sangat terkejut. Saya bertanya pada diri, mengapa kans3r?

“Aku tak sakit, kenapa tahap empat? Saya jadi down,” katanya pada Selasa.



Editor Hiburan mStar, Niezam Abdullah (kanan) turut sama menziarahi Zaibo di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun menurut Zaibo atau Zainal Ariffin Abd Hamid, dia perlu bangkit daripada kesulitan yang dihadapinya demi insan-insan tersayang yang ada disekelilingnya.

“Saya kasihan melihat isteri dan anak-anak saya bersedih kerana saya.

“Mereka akan gembira jika saya ceria. Jadi saya katakan pada diri supaya terus bersemangat melawan penyakit ini,” katanya.

Cerita Zaibo, dia diberitahu menghidap kans3r apabila melakukan pemeriksaan kesihatan susulan berhadapan masalah tersedak dan muntah selepas makan.

Esofagus ialah bahagian salur makanan yang terletak diantara tekak dan perut.

https://youtu.be/qjpZivKBnEA

Zaibo Meniinggal Dunia

PETALING JAYA: Selepas enam bulan menyedari hidupnya mend3rita akibat kans3r esofagos pelakon Zaibo akhirnya menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1.30 petang Rabu.

Berita sedih itu disahkan kepada mStar Online oleh isterinya Siti Hawa Sawal.

“Abang Zaibo dah tiada… minta doakan dia ya,” katanya ringkas sambil menahan sebak di dada tanpa mampu bercakap panjang.

Siti Hawa, 52, berkata, jenazah akan dikebuumikan pada hari ini di tanah perkuuburan Islam di Rengit, Batu Pahat, Johor.

Zaibo atau nama sebenarnya Zainal Ariffin Abd. Hamid, 62, tidak menyedari dia menghidap kans3r tahap empat sehinggalah pada Ramadan lalu dia tidak boleh menelan makanan.

Nemun selepas mendapatkan rawatan di hospital, doktor memaklumkan dia menghidap kans3r dan akhirnya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Selayang beberapa bulan lalu.

Dia juga turut berusaha berubat secara tradisional di Johor.



Zaibo membintangi sitkom Spanar Jaya (1999 hingga 2005) serta filem-filem seperti fantasi muzik Magika dan Awan Dania The Movie.

Dia juga memainkan peranan kecil dalam filem Hollywood, Anna and The King.

Zaibo juga terkenal kerana wataknya sebagai penjual mi rebus dalam sitkom dari Singapura iaitu Under One Roof pada tahun 1990, yang pertama kali disiarkan pada tahun 1995.

Pada Isnin lalu, Puteri Johor Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Ibrahim meluangkan masa melawatnya bersama suami, Dennis Muhammad Abdullah.

SUMBER : Mstar Online