“Jangan Layan Saya Macam Budak Sekolah, Saya Bayar Berjuta-Juta Kot” – Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza telah meluahkan perasaan kecewa di Instagramnya.

“Sukar saya ungkapkan perasaan terhina. Kalau saya tahu macam ini tak payah nyanyi lagu #biarapaorgkata lagi bagus. Jangan layan saya macam budak sekolah, saya bayar berjuta-juta kot?,” tulisnya pada status pertama.




Kemudian pada status kedua pula, Aliff turut memohon maaf kepada rakan-rakan jemputannya.




“Tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara yang saya tak rancang dan tak tahu apa motif mereka nak aibkan saya? Saya rasa macam mereka buat saya macam budak sekolah,” tambahnya.

Dalam program GV5 Akhir yang berlangsung itu, penyanyi Noryn Aziz membuat kejutan apabila diumumkan sebagai juara yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini malam Ahad.

Noryn yang menyanyikan lagu Laskar Cinta nyanyian asal Dewa 19 duet bersama artis jemputan Awi Rafael dan Where Is The Love (Black Eyes Peas) gandingan bersama Dia Fadila telah menewaskan lima peserta lain yang terdiri daripada Amelina, Zamani, Maya Ruslee, Dia Fadilla dan Billy Zulkarnain.

“Alhamdulillah, terima kasih kepada yang banyak membantu saya. Kemenangan ini sangat bermakna dan tak mungkin dilupakan dalam karier saya,” ujarnya.

Kemenangan itu melayakkan Noryn menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM100,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Dia Fadila memenangi tempat kedua menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

Zamani pula berada di tangga ketiga dan membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000, penginapan di Royal Chulan Hotel & Resort berserta sebuah trofi.

SUMBER : Instagram Aliff Syukri