Khairy yang juga Pengerusi Jawatankuasa Portfolio Kewangan Kabinet Bayangan BN, sebaliknya menyatakan BN tewas pada PRU-14 akibat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam akaun Twitternya, KJ berkata: “We lost because of 1MDB. The End” (Kita kalah sebab 1MDB. Tamat.)
Sehingga jam 6 petang tadi ia dikongsi lebih 2,600 pengikut dengan lebih 2,000 suka.
Kebanyakan netizen meninggalkan komen bersetuju dengan kenyataan KJ itu.
Seorang netizen, Prempuchong berkata “Najib still in denial mode” (Najib masih dalam mod penafian).
ShahRblood pula memberi komen “KJ makin berani.”
Perkongsian itu turut merujuk kepada laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris mengenai kenyataan Najib yang mendakwa kekalahan BN pada PRU14, berikutan daripada penipuan, fitnah dan janji palsu yang dibuat oleh PH.
Najib turut membuat kenyataan itu pada Sesi Dialog Sembang Santai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) petang tadi yang disiarkan secara langsung menerusi akaun Facebooknya.

SUMBER : Berita Harian