“Part Mana Yang Hina Islam?” – Wanita Ini Dedah Mesej Yang Diputar Belitkan Dalam Filem Polis Evo 2

Industri perfileman negara semakin berdaya saing dengan munculnya filem-filem yang bermutu tinggi seperti filem Paskal, Munafik 2 dan terkini filem Polis Evo 2. Walaupun mesej filem agak berat, namun penerimaan masyarakat terhadap filem sebegini semakin diterima ramai.

Sebelum ditayangkan di pawagam, filem Polis Evo 2 telah pun mencetuskan kontroversi apabila didakwa mengandungi unsur menghina Islam, sehingga muncul gerakan ingin memboikot filem ini.

Namun semalam telah bermula tayangan premium filem Polis Evo 2 di pawagam, dan ramai yang telah menjadi orang terawal menonton filem ini. Seorang pengguna laman sosial, Nur Hassanah telah memberi ulasan tentang filem ini setelah menontonnya semalam.



Saya Tak Lihat Filem Ini Hina Islam

Saya dengan rela hati menonton filem ini dengan sendiri, kerana saya tahu apa gunanya Tuhan berikan manusia akal kalau kita hanya menilai melalui ‘telinga’? Dengar-dengar daripada ‘bisik-bisik orang’, tidak cukup untuk kita membuat penilaian dalam sesuatu perkara.

Apa yang boleh saya katakan, netizen terlalu ghairah membuat ulasan tanpa tonton dan nilai dengan matang. Saya sengaja awal datang sebab tak mahu terskip satu saat pun cerita ini, yelah dah kontroversi sangat kan!

Jujur, saya tidak nampak part mana yang menghina Islamnya. Bahkan, saya tak ada nampak part mana kekerasan Islam, yang konon melampau sehingga boleh menimbulkan persepsi yang buruk terhadap agama Islam.

Apa yang saya tahu ialah filem ini berkisar tentang ajaran sesat Al-Minas. Awal scene lagi media dah mention mereka kumpulan ajaran sesat, yang juga melakukan aktiviti mengedar dadah. Dah namanya sesat, jadi tak ada kena-mengena pun nak hina Islam bagai.



Polis Evo Gambaran Kepada ‘Sejarah Lama’

Maaf cakap, jika dinilai melalui ‘kekerasan’ saya lihat filem Munafik 2 lagi keras, sampaikan watak Maya Karin siap bawa kapak pegi bunuh pengikut Abuja sebab geram dengan Abuja. Watak Abuja pun banyak menunjukkan kekerasan. Lebih kurang je sebenarnya cuma Munafik 2, rantai cerita dia orang sesat -ustaz.

Kalau Polis Evo 2 rantai cerita dia orang sesat -polis. Hampir sama, kan? Jadi ia lebih kepada cerita tentang ajaran sesat itu sendiri, bukannya menghina agama Islam. Entah apa-apa korang ni, tengok trailer je terus mengelabah.

Kalau lihat sejarah, negara kita Malaysia pernah digemparkan dengan kewujudan atau kemunculan kumpulan-kumpulan pengganas seperti Abu Sayyaf. Pernah dengar bukan? Ini adalah realiti dan hakikat bahkan pernah menjadi buruan polis dan pihak penguasa yang lain. Mereka sanggup membuat huru-hara dalam negara asalkan mereka dapat apa yang mereka mahukan.

Jadi filem Polis Evo 2 ini adalah gambaran kepada ‘sejarah lama’, yang mungkin ada dalam kalangan kita tidak pernah tahu.



Scene Solat Jemaah Papar Nilai Positif

Ada banyak juga elemen positif sebenarnya. Misalnya, part solat berjemaah. Part zizan tegur Mat Dan, setiakawan di antara Zizan dan Sam. Amanah tentang kerja niat untuk membantu orang awam lillahi ta’ala dan banyak lagi. Semua ini nilai positif dan ada dianjurkan dalam Islam, jadi inikah yang dikatakan filem menghina Islam?

Silakan tonton dan nilai dengan matang. Usah terburu-buru.

Sebenarnya, saya datang tonton bukan sebab selidik kontroversi filem ini semata-mata, tapi sebab dah follow Polis Evo sebelum ni. Apa yang boleh saya komen sebelum ni lagi gempak. Entahlah, mungkin saya expect terlalu tinggi dengan filem aksi ini selepas menonton filem Paskal yang sangat mengujakan!

Selepas filem Paskal saya mengharapkan lebih daripada Polis Evo 2, tapi nampaknya tidak. Tonton Paskal macam sedang makan nasi putih panas + ikan patin masak tempoyak + siap pakej sambal belacan. Tapi tengok Polis Evo 2 makan biasa je takda sambal belacan. Sedap, tapi tak pedas macam ada yang kurang gitulah umpamanya.



Dialog Skrip Memang Rare, Tapi…

Oh ya, ada lagi saya perasan. Saya tak pasti siapa penulis skrip filem ini tapi pendapat saya biarlah skrip yang dimasukkan dalam sesebuah filem dihantar dan dirujuk terlebih dahulu pada mereka yang ahli memandangkan Malaysia merupakan Negara yang majoritinya ialah beragama islam.

Ada banyak dialog SAIF yang saya rasa agak rare, tapi boleh membuatkan orang awam tersalah faham mengenainya. Contoh dialog:

  1. “Kalau Aku Ahli neraka kenapa aku berdiri dan kau yang melutut ?”

  2. “Hanya darah dan daging yang memuaskan hati Tuhan”
    dan beberapa lagi dialog lain. Saya sarankan mana-mana penulis skrip membuat research terlebih dahulu sekiranya memasukkan dialog unsur sebegini yang berkait rapat dengan akidah. Ini sangat penting, mungkin boleh mencontohi filem arahan Syamsul Yusof. Kebanyakan skrip yang melibatkan akidah memang Syamsul buat research terlebih dahulu.


But it’s okay, melakukan kesalahan bukan satu kesalahan tetapi mengulangi itulah yang dinamakan kesalahan.



Watak Saif Sangat Hidup!

Dari segi lakonan, Husnul Rahmat satu-satunya watak yang sangat cemerlang membawa watak Saif. Lain-lain watak cuma berada pada tahap sederhana sahaja seperti Sam dan Zizan.

Watak Erra Fazira macam kureng sikit. Saya bersetuju dengan tulisan seseorang ni, watak yang dilakonkan oleh Erra Fazira is a total disgrace. Hanya sia sia. Wataknya sekadar berdiri di meja, melepaskan emosi dan tiada usaha untuk menyelamatkan anak buah yang tersepit di lapangan.

Saya tidak pasti adakah ini sindiran kepada situasi sebenar kepada senario di Malaysia atau plotnya memang dibuat begitu. Apa pun ia merupakan satu perkara yang sia sia.



Namun, Scene Akhir Agak Lazy Writing

Begitu juga dengan aksi ‘1 lawan 1’ di scene akhir yang boleh dikira sebagai lazy writing. Tak se-wow macam aksi “1 lawan 1” di scene akhir Paskal Arman vs Jeb. Yang jelas merugikan untuk filem yang sebesar ini. Rugi sangat.

Haaa lupa, pelakon Indonesia tu saya rasa tak ada pun tak apa. Kita boleh saja beranggapan wujud scene yang ‘berkaitan’ kerjasama memerangi pengganas asalkan penulis skrip ada menggambarkan situasi tersebut.

Macam panjang pulak, okay last dah ni, zizan tu aku tak boleh blah. Part last dia dikurung bersama mayat-mayat pasukan polis tu, even dia nangis aku tergelak Kah! Rasanya pengarah kena bagi watak zizan yang bersifat komedi sahaja. Dengan mimik muka dia, loghat ganu eh korang tengoklah.

Overall 6.5/10. Sesuai tengok untuk santai.



SUMBER : Facebook Nur Hassanah