Selesai Konsert, Datuk Ramli MS & Datuk Khadijah Ibrahim Dedah Mengapa Zamani Layak ke Final GV5 Walaupun Lupa Lirik

‘Di Matamu’ selamatkan Zamani, iringi lima peserta lain ke final GV5

Lagu Di Matamu dendangan asal Suffian Suhaimi, berjaya menyelamatkan Zamani daripada tersingkir di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim kelima.

Biarpun gagal menyampaikan lagu pertama, Dekat Padamu, dengan baik, tuah nampaknya masih menyebelahi Zamani apabila markah yang diberikan juri profesional untuk lagu kedua mencukupi untuk dia layak ke peringkat akhir.

Zamani, antara peserta ‘favourite’ musim ini, berjaya menyampaikan lagu kedua, Di Matamu, dengan sangat baik, dan disifatkan sebagai menepati ‘standard’ sebenar penyanyi itu.

“Awak sepatutnya menyanyi seperti ini dari minggu pertama. Awak menjadikan lagu ini lagu awak,” kata ketua juri, Datuk Ramli MS.

Lima finalis lain yang turut mara adalah Noryn Aziz, Amelina, Billy Zulkarnain, Maya dan Dia Fadila.

Nasib kurang baik apabila dua lagi peserta, Hetty Sarlene dan Forteen, tersingkir.

Kesemua peserta diadili 100 peratus menerusi pemarkahan daripada barisan juri.

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 bagi tempat ketiga.

Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

GV5 disiarkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Sebentar tadi pentas Gegar Vaganza sekali lagi menjadi kecoh apabila Zamani Slam gagal memberikan persembahan terbaik dek kerana lupa lirik sewaktu menyanyi di pentas.

Lebih mengecewakan ia berlaku sewaktu minggu Separuh Akhir GV5 di mana peminat begitu berharap untuk melihat persembahan sebenar Zamani.

Bagaimanapun untuk persembahan kedua, Zamani yang diberi tugasan untuk menyanyikan lagu dari Sufian Suhaimi, Di Matamu

Untuk persembahan kedua ini, sedikit sebanyak peminat berasa lega dan gembira apabila Zamani telah memberi persembahan yang meyakinkan. Sekurang-kurangnya dia tidak lupa lirik, haha.

Rata-rata netizen memuji persembahan Zamani.

” comeback king.. ingat team bola je ke yop boleh comeback?” Menyanyi pun boleh lah” kata seorang peminat Zamani

Jom lihat klip nyanyian Zamani, Di Matamu



Untuk tugasan minggu separuh akhir ini, berikut adalah tugasan para peserta;

1) Amelina – Kuch Kuch Hota Hai (Udit Narayan, Alka Yagnik) Dan Tua Mengejar Kita (Fauziah Latiff)

2) Billy Zulkarnain – Mengenangmu (Kerispatih) & Mulanya Di Sini (Freedom);

3) Zamani – Di Matamu (Sufian Suhaimi) & Dekat Padamu (Yusry)

4) Dia Fadila – I Don’t Want To Miss A Thing (Aerosmith) & Pematah Hati (Nabila Razali)

5) Maya – Tiada Kepastian (Ziana Zain) & Ikut Rentakku (Jaclyn Victor);

6) Noryn Aziz – Dahsyat (Mojo) & Cintaku 100% (Mas Idayu)

7) Forteen – Potret (Akim & The Majistret) & Cinta Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Ning Baizura, Nora, Dessy Fitri)

8)Hetty Sarlene – Pencuri Hati (Ayda Jebat) & Kemaafan Dendam Yang Terindah (Aishah)

Kesemua peserta bakal diadili oleh dua juri tetap, pengarah muzik Datuk Ramli MS dan penyanyi Datuk Khatijah Ibrahim bersama seorang juri undangan setiap minggu.

Diacarakan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, konsert GV5 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria selama lapan minggu, ke udara setiap Ahad, jam 9 malam dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Juara musim kelima bakal membawa pulang ganjaran wang tunai RM100,000 berserta trofi, RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 untuk tangga ketiga.

Sementara itu, pemenang keempat, kelima dan keenam masing-masing bakal menerima RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 berserta trofi.

VIDEO: sidang media GV5 semi sejurus saingan semi final yang menyaksikan Zamani turut tersenarai sebagai peserta final. Sila tonton



Komen dari netizan:

“Diam arh ! Bising mendenye, dah ade final, takpayah pertikaikan sape yang final or tak, halah² bising sangat, kau ke bagi duit? Kau ke juri? Ergh”

“Zamani zaman kegemilangan 90an.. tpi still dia keadaan mcm itu..org simpati.. suara ok tapi lagu slow rock boleh lah dia bawa tpi cuba rock hard.. pancitttt.. yup rezeki dari Allah SWT..”

“lagu dekat padamu mmg xsesuai ngan range zamani… key rendah sgt..”

“Weh zamani it’s the best…zamani juara”

Untuk lagu pertama, Zamani Sekali lagi mendapat malu kerana Lupa Lirik Di Minggu Separuh Akhir GV5

Konsert mingguan Gegar Vaganza 2018 musim kelima (GV5) telah memasuki minggu ke-5 pada hari Ahad, 28 Oktober 2018 sambil menyaksikan 9 peserta akan membuat persembahan vokal dengan tugasan lagu masing-masing

Persembahan konsert Gegar Vaganza pada minggu ke-6 ini melibatkan 8 peserta berikutan Farahwahida telah diumumkan tersingkir selepas mendapat markah terendah pada konsert minggu yang lalu

Masuk minggu ke 6 ini, antara peserta paling ditunggu adalah Zamani Slam. Zamani menyanyikan lagu Yusry KRU, Dekat Padamu

Tiba saat gilirannya mendendangkan lagu itu, Zamani muncul di pentas dan memulakan nyanyian dengan bagus dan tiada masalah,

Namun pada suatu ketika, Zamani Slam seakan lupa lirik dan tidak dapat mengeluarkan lontaran suaranya.

Saat itu para penonton mula membantu sama-sama menyanyikan lagu tersebut. Cuma beza kali ini Nabil dan Jihan tidak muncul di pentas bagi membantu Zamani.

Rata-rata peminat setia Zamani Slam dikatakan agak kecewa kerana Zamani gagal untuk memberikan persembahan terbaik.

Sewaktu tiba giliran juri untuk memberi komen, pengacara meminta Datuk Ramli MS untuk memberikan komen namun beliau enggan memberi sebarang komen untuk mengulas persembahan Zamani tersebut.

Difahamkan reaksi berdiam diri Datuk Ramli MS mungkin kerana agak kecewa dengan persembahan Zamani yang diberi harapan tinggi bukan sahaja oleh peminat tapi juga dikalangan juri sendiri.

Jom dengar nyanyian Zamani di bawah:



SUMBER : Newscoviral