UKM Ditegur Anjur Forum 'Polemik Penghijrahan Masyarakat India'

Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) menegur UKM kerana merancang menganjurkan forum mengenai "polemik" penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu.

Parti Tindakan Hak Minoriti (Mira) menegur Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana merancang menganjurkan forum mengenai "polemik" penghijrahan masyarakat India ke Tanah Melayu.

Forum yang akan diadakan Rabu depan (14 Nov), bertajuk Polemik kehadiran masyarakat India di Semenanjung Tanah Melayu: Migrasi atau Imigran?

Ia adalah sebahagian daripada siri dialog intelektual oleh Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM.

Ia mengetengahkan empat penalis termasuk profesor penyelidikan dasar dan pengajian antarabangsa Ahmad Murad Merican dan ahli arkeologi Nasha Rodziadi Khaw dari Universiti Sains Malaysia; Profesor Atma Zuliskandar Ramli; dan pakar tamadun India, Azharudin Mohamed Dali dari fakulti sejarah, seni dan  sains sosial Universiti Malaya.

Timbalan Presiden Mira S Gobi Krishnan berkata beliau kecewa bahawa sebuah universiti terkenal akan mengadakan perbincangan "mempersoalkan" masyarakat India.

Beliau juga ingin tahu mengapa UKM menganjurkan program itu, terutamanya dengan tajuk kontroversi seperti itu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, Gobi juga bertanya kenapa tidak ada penalis dari kaum lain.

Beliau menyeru Menteri Pelajaran Maszlee Malik dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri P Waythamoorthy untuk melihat perkara itu.

Gobi berkata Mira juga merancang untuk menghadiri forum itu untuk membetulkan sebarang kesilapan fakta jika ada sekiranya forum itu masih diadakan.

SUMBER : Malaysia Kini