(Video) Anggota Bomba Cedera Dipukul, Jentera Dan Ambulans Turut Dirosakkan

Insiden kekecohan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights sejak pagi semalam masih hangat diperkatakan, dan terbaru pendedahan yang dibuat oleh sebuah laman facebook, Friends of Bomba Malaysia dimana seorang anggota Bomba dan Penyelamat Subang Jaya turut menjadi mangsa pukul.

Berdasarkan laporan beberapa portal berita tempatan, mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, yang merupakan anggota  Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dilaporkan telah dibelasah oleh individu-individu yang tidak dikenali setelah ditarik keluar daripada ambulans EMRS yang dinaikinya.

Kejadian berkenaan dilaporkan berlaku awal pagi tadi kira-kira pukul 1 pagi ketika jentera bomba dan ambulans EMRS tiba di lokasi kuil tersebut untuk memadamkan kebakaran yang berlaku.



Selain itu, berdasarkan beberapa keping gambar yang beredar di media sosial, sebuah jentera bomba dan ambulans EMRS turut mengalami kerosakkan terutamanya pada bahagian cermin, dipercayai dipecah oleh kumpulan perusuh.

Terdahulu, rusuhan mula berlaku sejak awal pagi semalam ketika sekumpulan lelaki dilaporkan menceroboh masuk kuil berkenaan dan menyerang pengunjung kuil tersebut yang ketika itu sedang beribadah.



Pihak polis mengesahkan sehingga kini 17 individu telah pun ditahan di dalam insiden berkenaan untuk membantu siasatan.



SUMBER : Siakap Keli