Wanita Ini Menyembunyikan Ular Sepanjang 6 Meter Di Loteng Rumahnya, Selepas 40 Tahun, “Hal Yang Menakjubkan” Ini Berlaku!

Scott Davis, pemilik syarikat kawalan serangga yang berasal dari Queensland. Suatu ketika dahulu, dia sempat berkongsi pengalaman yang luar biasa di media sosial miliknya.

Pada mulanya dia berkunjung ke salah satu rumah untuk menjalankan pemeriksaan rutin untuk serangga perosak. Walau bagaimanapun, dia tidak menyangka, ketika berada di sana dia menemui sesuatu yang mengejutkan.



Di loteng rumah tersebut, Scott menemukan kulit ular python sepanjang 6 meter. Mengikut pengiraan, ular tersebut mungkin setinggi rumah teres 2-tingkat.

Cik Cunningham, pemilik rumah, berkata bahawa ular python itu pada mulanya ditemui di kandang ayam rumahnya. Tetapi, disebabkan oleh jumlah tikus yang banyak di rumahnya, dia kemudian membawa ular itu masuk dan juga memberinya nama “Monty”.



Ular python itu ternyata mempunyai nama saintifik “Morelia Amethistina” dan sehingga kini tanpa sedar 40 tahun telah berlalu.

Sepuluh tahun selepas membawa Monty, terdapat seekor ular betina yang telah memasuki rumah tersebut sehingga akhirnya telah lahir beberapa ekor anak ular. Ular betina tersebut diberi nama “Monica".

Suami kepada Cik Cunningham boleh dikatakan tidak menyedari kewujudan ular-ular itu selama 40 tahun, kerana pada masa itu, Cik Cunningham menyimpan rahsia ini seorang diri.



Di Australia, Morelia Amethistina adalah ular tempatan dengan ukuran terbesar yang boleh membnuh mamalia besar seperti kangaru.

Secara umumnya, panjang ular tersebut kira-kira 5.5 meter dan ia boleh berkembang hingga mencapai 8.5 meter. Warna dan coraknya juga berbeza-beza bergantung kepada persekitaran habitat.

Walau bagaimanapun, kebanyakannya ular ini berwarna coklat atau kuning gelap. Walaupun ia tidak beracun, ukuran tubuhnya yang besar dan naluri memburunya sudah pasti menjadi ancaman kepada manusia.



Cik Cunningham mengatakan bahawa pada hari-hari biasa, dia kadang-kadang akan naik ke loteng untuk melihat panjang kulit yang ditinggalkan oleh Monty dan kemudian menganggarkan seberapa besar ular itu telah membesar.

Sebab mengapa dia takut memberitahu suaminya kerana suaminya itu adalah orang Ireland dan seperti yang dia tahu, tidak ada ular di sana.

Cik Cunningham takut bahawa jika selepas suaminya mengetahui perkara ini, dia akan memburu ular tersebut secara membuta tuli.

SUMBER : omg