Adib Tenat, Doakan Segera Sembuh - Mangsa Rusuhan Kuil Sri Maha Mariamman

Menurut IJN keadaan kesihatan anggota bomba yang cedera dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman semakin merosot.

Keadaan kesihatan anggota bomba yang cedera parah dalam pergaduhan di Kuil Sri Maha Mariamman baru-baru ini, Muhammad Adib Mohd Kassim, semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur sejak 24 jam lepas.

Institut Jantung Negara (IJN) dalam kenyataannya berkata selepas menjalankan penilaian menyeluruh, paru-paru anggota bomba itu didapati menunjukkan tanda-tanda konsolidasi dan pengerasan tisu, justeru menjadikan pertukaran gas tidak berkesan.

Baca juga : Lelaki Terima Rm 150000 Cetus Rusuhan Kuil Di Tahan di KLIA 2

"Ini adalah akibat daripada kecederaan awal yang teruk pada paru-parunya.

"Pada masa sama, fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan dan beliau terus memerlukan sokongan dialisis,” menurut kenyataan itu.

Berikutan itu,dan selepas perbincangan pasukan pelbagai disiplin, IJN berkata keputusan dicapai untuk memasukkan semula sistem Veno-Venous ECMO pada jam 9 malam tadi.

Kata IJN langkah itu dibuat untuk membantu keperluan sistem pernafasannya.

"Muhammad Adib sedang tenat. Berikutan keadaan Muhammad Adib itu, kunjungan ke atasnya dihadkan.

"Kami menggesa semua rakyat Malaysia terus berdoa agar Muhammad Adib segera sembuh,” jelas kenyataan itu.

SUMBER : Malaysia Kini