Adibah Noor Lalui Masa Sukar, Terpaksa Jual Rumah

Penyanyi dan pelakon yang semakin sendu, Adibah Noor Mohd Omar sebelum ini menafikan yang dirinya semakin sendu.

Penyanyi itu mendedahkan dirinya masih aktif menyanyi meskipun jarang muncul di kaca televisyen.

Menurut Adibah, dia masih menerima undangan menyanyi di majlis korporat ok.

Bagaimanapun sebentar tadi penyanyi yang masih tidak berkahwin itu membuat satu hantaran di akaun Facebook miliknya dengan nada yang agak menyedihkan.





Terdapat usikan-usikan mengusik sejurus Adibah mengiklankan rumahnya dek kerana lantangnya Adibah waktu ketika dahulu.

"Hello keadaan dah ok skg better dari dulu ok kerajaan kan dah tukar....apa dahhhhh," komen Farouk Mohd Hussain.

"#rinduzamantun," komen FIzwan Aman.

"saya sgt merindui zaman Tun . saya dh duduk banglo mewah skrg ni kak lepas tukar kerajaan baru ni..so akk jgn wat fitnah yee kata "times are bad"..u r wrong..bukti dia currency pn semakin turun..rege telur pn dh berubah dulu telor grade B dlm RM7.00++ utk 30 bijik skrg dh RM11 ++ kak..syukur harga berubah..Alhamdulillah..byk yg berubah zaman Tun kali kedua ni kak....saya beli USD aritu baru RM4.19 - 1 USD..murah gile..klu zaman Najib ..Ya Ampunn mahal nk mampos RM3.80 - 1 USD..skrg sya dh hepi sgt2 kak!!," komen Nelly Yusof

Komen-komen ini bagaimanapun telah dipadam oleh Adibah sejurus beberapa ketika.

Tidak tahu apa alasan sebenarnya Adibah menjual rumah selain alasan yang dikongsikan yang mungkin penyanyi itu sedang melalui fasa-fasa kesusahan dalam hidupnya.

SUMBER : Abu Leman