Pelajar yang dikenali sebagai Muhammad Rifqi Saipul Nizam, telah berkongsi kisah dirinya yang menjadikan ibu bapanya sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan.
Dia yang menjadi individu pertama yang bertanyakan soalan kepada Tony Fernandes telah menarik perhatian figura terkenal itu. Video klip ketika Tony Fernandes memberikan hadiah kepada pelajar ini turut dimuat naik di laman Facebooknya.
Tersentuh Dengar Cerita Pelajar Ini
As director of UNISZA, I went up to do a talk with the students, to tour the campus and to think about new ways of raising income to less government grant. During my speech, I was touched by this young boy who had a heart of gold and whose dream was to take his parents to Mecca. He asked me how I stay motivated to make my dreams come true. Right at the end of the speech, I made his dreams come true. And his reaction made my year.
https://youtu.be/zBp-Hf5z0gI
Dihadiahkan Tiga Tiket Penerbangan Tunaikan Umrah
Pelajar pengajian Islam itu telah meluahkan rasa syukur apabila dihadiahkan tiga tiket penerbangan tersebut oleh Tony Fernandes, dan semestinya dia akan membawa ibu dan bapanya. Menyifatkan ia adalah sebagai kenangan terindah, Muhammad Rifqi tidak menyangka dia akan diberi peluang sebegitu.
Soalan pertama dia ditanyakan oleh Rifqi kepada Tony Fernandes adalah, “Siapakah yang menjadi sumber inspirasi Tony Fernandes? dan apakah rahsia kejayaannya?”
Dan ketika sesi soal jawab berlangsung, Rifqi turut menceritakan bahawa ibu bapanya adalah pendorong utama dalam hidupnya, dan impiannya untuk membawa ibu bapanya ke Tanah Suci.

Dipanggil Semula Oleh Tony Fernandes
Menceritakan kembali moment indah itu, Rifqi mengakui pada mulanya dia berasa terkejut apabila dipanggil semula oleh CEO Air Asia itu, dan apabila Tony mengatakan bahawa kisah dirinya telah menggembirakannya dan memberi impirasi, ketika itu perasaannya amat gementar apabila diumumkan bahawa saya bakal mendapat tiga tiket penerbangan menunaikan umrah.
“Sudah lama saya menyimpan hajat ke sana. Alhamdullilah, ia bakal tercapai dan rezeki itu memang tidak salah alamat.”
SUMBER : Harian Metro
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express