Demi Anak2 Fasha Sandha dan Jejai Bersatu, Hadir Ke Majlis Tadika Anak Bersama-Sama

Walaupun sudah hampir tiga tahun bercerai, perhubungan Fasha Sandha dan Rizal Ashram (Jejai) dilihat masih baik apabila mereka kerap dilihat bersama menguruskan perihal anak-anak walaupun sudah berpisah.

Sebentar tadi di laman Instagram Fasha Sandha, pelakon itu telah memuat naik beberapa foto menghadiri Konsert Akhir Tahun tadika kedua-dua anaknya Putri Raysha Jemaima dan Putra Rafqal Ramli. Namun apa yang menarik perhatian peminat adalah kehadiran Jejai yang duduk di sebelah Fasha.

Kehadiran Jejai dan Fasha yang bersama-sama menghadiri majlis akhir tahun persekolahan anaknya, telah mendapat pujian ramai, dan menyifatkan penceraian bukan penghalang bekas suami dan isteri untuk berbaik demi anak-anak.

Ibu dan Daddy proud of you sayang!




Rafqal tahun depan dah 6 tahun!




Penceraian tak bermaksud kita harus membenci…

Fasha Sandha dan Jejai serta anak-anak sempat mengambil foto keluarga, selepas majlis tamat. Foto itu telah menarik perhatian peminat apabila Fasha telah menulis kapsyen meluahkan perasaannya.

Penceraian tidak bermaksud kita harus membenci. Lakukan yang terbaik demi anak2 kecil yang tidak berdosa, agar anak2 membesar dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang. Walau apa juga kisah di sebalik penceraian sesebuah rumahtangga biarlah hanya untuk pengetahuan orang dewasa kerana anak2 tidak sepatutnya tahu tentang permasalahan orang dewasa,kerana minda mereka tidak berupaya untuk memikirkan tentang masalah.




Aidil beri tanda Thumbs Up kepada Fasha dan Jejai?

Selepas Fasha Sandha memuat naik foto di IG, ramai peminatnya telah meninggalkan komen memuji tindakan Fasha dan Jejai yang mengambil langkah hadir ke majlis akhir tahun tadika anak bersama-sama.

Antara yang turut meninggalkan komen adalah rakan selebriti Dato Aliff Syukri, Zara Zya dan tunang Fasha iaitu Aidil yang turut memberi tanda Thumbs Up di ruangan komen IG Fasha.



Adil Zafuan pelase tengok contoh Fasha dan Jejai ni!



Indahnya jika semua pasangan bercerai, seperti Fasha dan Jejai



SUMBER : IG Fasha Sandha