Geng Kroni Tayang Dapat Berpuluh Tiket Akhir Piala AFF di IG, Buat Netizen Berang

Setelah enam hari penjualan tiket perlawanan bola akhir Piala AFF Suzuki Cup berlangsung, pelbagai insiden dan kontroversi yang melanda, apabila peminat mula mempersoalkan ketulusan sistem penjualan tiket.

Penjualan tiket secara atas talian yang dibuka pada hari Selasa lepas sebanyak 20,000 habis dijual tidak sampai 3 jam dibuka. Berita mengecewakan juga kepada penyokong bola yang ingin membeli tiket secara langsung di stadium, apabila tiket habis awal menyebabkan ramai yang meluahkan ketidakpuasan hati terhadap FAM.

Namun di Twitter, seorang netizen telah memuat naik sebuah video daripada seorang pengguna IG yang telah menayangkan berpuluh tiket akhir Piala AFF, berserta kapsyen ‘Geng Kroni’.

Geng Kroni?

Sedutan klip video tersebut di laman IG Story telah membangkitkan kemarahan penyokong bola, yang menganggap ia tidak adil kepada mereka yang berhempas-pulas beratur dan mengikut saluran penjualan tiket yang betul.



Siapa Nak Tiket?



Tayang Depan2, Dapat Tiket 2800?



Dedah Ada Kuota Khas





Macam Mana Boleh Lepas Beli 200 Tiket? Seorang 4 Tiket Je.



Orang Dalam La. Ulat On!

Setelah video itu tular, rata-rata netizen telah meninggalkan komen mengkritik geng kroni yang menayangkan tiket tanpa segan silu, seakan mencabar orang ramai yang bertungkus-lumus beratur bagi mendapatkan tiket.

Namun, geng kroni ini dengan mudahnya mendapat tiket, hanya kerana mereka menggunakan orang dalam.



Siap Tidur Kat Stadium, Tapi 5 Minit Lepas Tu Tiket Dah Habis Dijual..



Mana Keadilan Weh? Sia2 Je Aku Datang



SUMBER : Twitter