Ini Kata Kata Yusuf Azmi Sebelum Berangkat Ke Himpunan Icerd. Abang Ali Juga Turut Serta

PERCANGGAHAN jumlah peserta daripada pelbagai pihak yang menganggarkan kehadiran peserta pada perhimpunan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) bukan kayu pengukur bagi kejayaan sesebuah perhimpunan.

Pakar Geostrategis, Azmi Hassan, berkata, isu ICERD adalah manifestasi kerjasama UMNO dan PAS. Oleh kerana itu isu jumlah peserta yang hadir cukup sensitif.

“Isu jumlah yang hadir selalu berlaku percanggahan kerana tiada kaedah yang mampu menentukan jumlah kehadiran secara tepat memandangkan kawasan perhimpunan luas.

“Tetapi lazimnya percanggahan perbezaan campur tolak antara 10 hingga 30 peratus masih boleh diterima.



“Namun sekiranya percanggahan terlalu ketara kerana ada yang mengatakan contohnya jumlah hadir 20,000 orang dan ada pihak pula kata 2 juta maka percanggahan ini terlalu besar untuk diambil ambil purata,” katanya ketika dihubungi NSTP, di Kuala Lumpur, hari ini.

Azmi juga berkata, sekiranya penganjur perhimpunan berpuas hati terhadap jumlah kehadiran, ia sudah memadai.

“Dari gambar sukar untuk tentukan jumlah, kerana gambar perhimpunan boleh memberi seribu makna interpretasi,” katanya.

Sebelum ini,Polis Kuala Lumpur menganggarkan seramai 55,000 peserta hadir ke perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ICERD manakala pihak penganjur pula menganggarkan 300,000 peserta.

YUSUF AZMI SERTAI PERHIMPUNAN TOLAK ICERD



Yusuf Azmi nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Beliau yang nama dilonjak sejak beliau di PPIM dengan gaya berani beliau membela rakyat daripada ditindas terutama daripada ceti haram / ahlong.

Yusuf Azmi adalah salah seorang penyokong tolak icerd dan beliau telah lama menyeru orang ramai untuk menolak icerd sejak ia diperkatakan oleh salah seorang Menteri dalam Malaysia.

Sebelum Yusuf Azmi bergerak ke perhimpunan Tolak Icerd, beliau termasuk Abang Ali dan beberapa rakan beliau memberi sepatah dua kata. Yang paling penting adalah perhimpunan ini untuk penyatuan ummah dan untuk Islam dan tiada kena mengena dengan politik.

https://youtu.be/Nfm70geGo20

Kata kata Yusuf Azmi ketika Tiba Di Perhimpunan ICERD.

“Walaupun kita berlainan politik tetapi kita boleh bersatu jika untuk agama Islam” – Yusuf Azmi