Janda Ini Buat Hal Lagi Apabila Menghina Tentang Kem4tian Anggota Bomba Adib. Biadap Sungguh

Baru-baru ini negara dikejutkan dengan pemergian saudara Adib yang menjadi mangsa kepada kes rusuhan di Kuil Seafield.

Menjadi tajuk utama di semua media elektronik dan sosial, berita pemergian Adib diratapi oleh warganet yang bersimpati dengan nasib yang menimpanya.

Walaupun ramai yang menunjukkan rasa simpati dan bersoladariti melalui media sosial, ada juga mereka yang tidak peka dan memberi komen yang kurang sensetif sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Tindakan tidak bertanggungjawab seperti ini dilihat sengaja diambil kesempatan oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan peribadi. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dilakukan terdapat satu akaun Siti Amiza Ratu Rapat telah menaikkan status yang sengaja menyentuh sensitiviti masyarakat yang masih terkesan dengan kes Adib.

Dengan Status Berbunyi :

MORNING, BARU PAKAI Siti Amiza Perapat Janda BUKAK FACEBOOK BACA KES BOMBA YANG MATI. NORMAL LAH DAH JADI PERTAHANAN AWAM MEMANG LAH MATI. NANTI ADA LAH PUAK2 NAK RESIS KES BOMBA. KALAU PERANG DI MEDAN PERANG PUN ADA KORBAN NYAWA. TAKKAN TAK DAX KOT.. ANGGAP JA TAKDIR ORANG KATA YANG PERGI AWAL TU MUNGKIN NAK ELAK DARI MELAKU KAN DOSA BESAR J J



Penulis cuba memahami rasional tindakan pemilik akaun media sosial ini yang sengaja memainkan isu yang masih hangat diperbincangkan ini namun tiada alasan dan sebab yang konkrit mampu menghalalkan tindakan seperti ini.

Namun begitu, berdasarkan kepada penilaian dan pandangan peribadi penulis, dapat disimpulkan bahawa pemilik akuan ini inginkan perhatian melalui kuasa viral bagi mendapatkan ‘attention’ warganet berkaitan status kontroversinya.

Seakan sengaja mencari publisiti demi melariskan produknya atau sekadar mencipta polemik bagi memastikan kewujudannya terus dirasai oleh masyarakat, taktik ini sebenarnya mengukuhkan lagi empayar perniagaan apabila masyarakat secara tidak langsung akan mengenali produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh si pencipta kontroversi itu.

Rata-rata usahawan produk kosmetik dan kecantikan akan menggunakan taktik sebegini untuk terus menarik perhatian umum dan sekaligus ia akan menjadi medium pengiklanan yang paling berjaya tanpa perlu mengeluarkan kos untuk mengiklankan perkhidmatan atau produk masing-masing.

Cuba lihat Dato Sri Aliff Syukri pemilik D’Herbs Terlajak Laris dan Dato Sri Vida pemilik empayar Vida Beauty yang memang tidak asing dengan istilah kontroversi. Masing-masing cuba mengekalkan strategi pengiklanan dengan menimbulkan polemik supaya menjadi bahan bualan masyarakat. Dari situlah mereka mengukuhkan identiti produk melalui pengiklanan percuma. Bijak kan?

Walaupun apa alasan yang digunakan tindakan seperti ini harus dikecam dan seharusnya tidak menjadi satu amalan di dalam masyarakat. Mengambil peluang melalui kesempitan dan kesusahan orang lain umpama parasit yang harus dihapuskan.

Masyarakat terutamanya warganet sekarang seharusnya memainkan peranan agar budaya jijik seperti ini dapat dicegah daripada terus menjadi barah didalam masyarakat.

SUMBER : KL Viral