Lelaki Ini Memang Berniat Untuk Mencuri Rantai Emas Tetapi Disaat Dia Nak Lari Sesuatu Terjadi Yang Tak Dijangka. Senyum Je Tauke Kedai Emas Tu..

Kadang kadang tidak semua pencuri ini bijak pandai. Ada juga yang kurang bijak dalam buat sesuatu yang jahat seperti mencuri.

Tular di media sosial satu rakaman video CCTV menunjukkan seorang lelaki melangkah masuk ke sebuah kedai barang kemas (emas). Lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Video tersebut telah dikongsi oleh beberapa page page Facebook seperti Sukan Star. Video tersebut telah mendapat lebih dari 1600 perkongsian dan 2700 likes serta beratus komen.

Rata rata netizen geli hati dengan telatah pencuri yang cuba mencuri tetapi kurang bijak. Apa yang mengelikan hati netizen adalah cubaan lelaki itu untuk mencuri dengan acah acah mencuba rantai tersebut dan mundar mandir di dalam kedai.

Ketika itu hanya lelaki ini seorang sahaja pelanggan kedai tersebut. Di saat dia cuba melarikan diri dan cuba untuk membuka pintu memang di luar jangka sebenarnya pintu itu telah dikunci oleh pemilik atau pekerja kedai emas tersebut.

Di akhir video tersebut, kelihatan lelaki tersebut telah pun diserahkan kepada pihak polis.



Komen Netizen

Khairul Anwar – Rantai emas tak dapat. Dapat gelang silver pun jadi lah..

Naimullah Ibrahim – Bdk ni xnk curi pun..bdk ni nk tiru yg vdeo viral psl pkai kasut lari tu

Cik Leha – boring je tauke tu tengok.. ntah berapa kali dah pencuri masuk buat style sama..dia mungkin berharap nk tengok pencuri buat cara lain

Video Kejadian Tersebut.

Kesimpulannya, tak payah la buat kerja bodoh macam ni. Takde duit pergi kerja .. jangan menyusahkan orang lain.

SUMBER : KL Viral