Lelaki Terima RM150,000 Cetus Rusuhan Kuil Ditahan di KLIA 2

Lelaki  yang dipercayai telah terima wang sebanyak RM150,000 dari pihak peguam sebelum menyerahkan RM50,000 kepada pihak ketiga yang mencetuskan rusuhan kuil Seafield dipercayai telah ditahan di KLIA 2.

Maklumat tentang tangkapan itu tersebar di media sosial.

Tangkapan dipercayai dilakukan oleh pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) team cantas dari IPD Klang Selatan yang terlibat dalam Ops Seafield.

Pihak polis dilaporkan telah menahan seorang lelaki India muslim, di Terminal 2 KL International Airport Jln KLIA 2/1 64000 Sepang Selangor.

Suspek yang ditahan bernama Omar bin Mohammad atau nama panggilannya Bob Pulse yang menetap di Pertiwi Indah Kondo, Kuala Lumpur

Suspek telah ditahan dan dibawa ke IPD Subang Jaya untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan awal pihak polis mendapati, suspek merupakan orang yang menerima sejumlah RM150,000 dari pihak peguam dan telah memberikan sejumlah RM50,000 kepada pihak ketiga untuk mengawal sekitar kuil Sri Maha Mariamman Seafields Usj pada 26 November 2018.

Suspek merupakan Ketua 36 Melayu di Bukit Bintang dan menjalankan aktiviti melindungi pusat hiburan dengan menyediakan kawalan keselamatan dan menjaga parkir-parkir haram di sekitar ibu kota.

Siasatan awal juga mendapati suspek mengaku telah menerima wang tersebut.

SUMBER : Milo Suam