'Makin Mahal Gila...' - Netizen Terkejut Menu KFC Naik Harga Mendadak - Senyap - Senyap Tibai

Sejak beberapa hari lalu, kecoh di media sosial mengenai kenaikan harga mendadak menu Kentucky Fried Chicken (KFC) yang dianggap 'melampau' sehingga menimbulkan pelbagai rungutan peminat tegar ayam goreng KFC.

Individu yang memuat naik gambar papan menu KFC dengan harga baharu itu, Khalid Johar, juga terkejut dengan kenaikan harga mendadak itu.

"Wow! Melampau naw harga KFC nih. Saya terperanjat hari ini pergi KFC tengok harga set menunya dah naik tiga ringgit lebih.

"Hari tu rasanya baru saja pergi makan, memang ingat sangat harganya yang sebelum ini. Mesti ramai yang tak perasan kan? Main order saja. Tak ada pula yang nak komplen atau boikot," selorohnya.



Menurut Khalid, harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60.

Netizen pula menganggap harga menu itu tidak berbaloi kerana hargainya sama seperti membeli seekor ayam mentah.

"Baru pergi last week, memang naik harga. Dinner plate RM18+. Sekarang kena berkira-kira nak makan KFC pun. Ayam pun makin kecil. Sebelum-sebelum ini beli set bucket lima ketul ayam RM21.50 saja. Sekarang dah RM33.50. Cuma tambah fries saja dalam set itu. Tak apalah, nak buat macam mana kan? Jomlah kita sama-sama kurangkan makan fast food," kata Suhaila Azhar.





SUMBER : Facebook Khalid Johar