“Melayu Kena Belasah, Denda Seribu Je?” – Serang Driver Bas Rapid, Lelaki Cina Hanya Dikenakan Hukuman Ringan

Ekoran kejadian seorang lelaki Cina yang membelasah pemandu bas Rapid KL beberapa hari lepas , mahkamah telah mengenakan tindakan hukuman kepada lelaki itu.



Suspek yang dikenali sebagai Lee Chee Wee, berusia 46 tahun telah didakwa mencederakan seorang pemandu Bas Rapid KL di Penang lewat malam kejadian. Rakaman video yang tular itu memperlihatkan suspek meludah, menyerang, menumbuk dan mengugut untuk menyakiti pemandu bas Rapid KL itu dengan lebih teruk lagi dek kerana pemandu itu tidak membuka pintu ketika lampu isyarat merah.

https://youtu.be/ESTZ5kIfjQc

Video insiden tersebut telah dikongsi oleh akaun rasmi @My_CrimeWatch di laman media sosial Twitter. Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku di Lebuh Macallum, Pulau Pinang sekitar jam 7.30 malam. Gara-gara kejadian itu, rata-rata netizen turut serta mengekspresikan rasa amarah dan tidak puas hati akan tindakan lelaki Cina tersebut di Twitter.



Lantaran kejadian itu, mangsa telah membuat laporan kepada pihak atasan untuk mengambil tindakan dan beberapa jam lalu, pihak Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman kepada suspek tersebut.



Majistret Rosnee Mohd Radzuan telah mengenakan denda terhadap Lee yang mengaku bersalah kerana berniat mencederakan mangsa pada 14 Disember lalu. Kesalahan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga satu tahun atau denda sehingga RM2,000, jika terbabit disabitkan kesalahan.

Namun apa yang peliknya, suspek hanya dikenakan denda sebanyak rm1,000 sahaja oleh Majistret George Town. Hal ini dikatakan kerana dia meminta kelonggaran kepada pihak berkuasa kerana pendapatannya yang kurang.

Suspek yang hadir tanpa ditemani oleh peguam itu dikhabarkan berkerja sebagai seorang juruwang sahaja dan memperoleh gaji sebanyak RM1,600 sebulan serta mempunyai tanggungan ibu bapa yang tua untuk dijaga.

Keputusan yang dibuat oleh pihak mahkamah ini seterusnya telah mendatangkan kemarahan kepada netizen kerana menganggap hukuman yang dikenakan terlalu ringan dan tidak setimpal dengan apa yang dilakukannya. Netizen juga turut menuntut permohonan maaf daripada pihak suspek kepada mangsa dan meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman Twitter.



1k tu seringan-ringan hukuman kot



Tak kena buang kerja ke? Anak sekolah mana? Public apology takde?



Patut kena penjara baru dia sedar, mercun CNY pun lagi mahal k



Untung lah bukan melayu, kalau tak hidup kau hancur



Patut kau pun kena belasah ramai2



So kalau orang kaya benda ni takde apa la



Cederakan orang lepastu boleh bayar 1k then lepas?



SUMBER : Twitter