Muat Naik Insta Story Kecam Perhimpunan ICERD, Status Cucu Tun M Ini Makan Diri Sendiri

Ekoran daripada Perhimpunan Bantah ICERD (Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) besar-besaran yang berlansung pada sabtu lepas di ibu kota, ramai netizen yang terkesan dengan perhimpunan tersebut, lebih -lebih lagi golongan yang menyokong perlaksanaan ICERD ini.

Antara salah seorang yang menyuarakan ketidakpuasan hatinya tentang bantahan tersebut adalah anak perempuan kepada Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Melia Serena yang juga merupakan cucu kepada perdana menteri terkini.





Beberapa jam lalu gadis  berusia 17 tahun ini telah memuat naik Insta Story di laman Instagram miliknya. Melalui Insta Story tersebut, dia telah memuat naik foto perhimpunan bantahan tersebut dan mengecam peserta himpunan tersebut.







Ujar serena tentang peserta perhimpunan tersebut,

“Menjijikkan….kutuk lah saya, saya tak kisah. Saya tak peduli. Perkara ini betul2 mengecewakan. Visi 2020 musnah sebab anda semua!

Dalam muat naiknya yang lain juga, dia turut mengatakan,

Sejujurnya, ianya amat mengecewakan bila melihat kaum saya sendiri penuh dengan kebencian, rasis dan jadi pembuli. Bila tak setuju dengan satu perkara, terus stalk orang tu dan bercakap tentang sesuatu yg menyakitkan hatinya hanya kerana dia terasa atau terganggu. Anda sememangnya bodoh jika anda fikir komen negatif anda akan buat saya menyesal dengan kata2 saya tadi. Saya chill je.

Ekoran daripada kata-katanya itu, cucu kepada Perdana Menteri Malaysia ini dihentam teruk di laman sosial Twitter.

Hi Serena, Kaalu Macam Ni Takpe Ke?



Ini Lawak



Tak Payah Nak Jijik Sangat La, Kau Memang Lahir2 Jaya



Definisi  Melayu Mudah Lupa..



Padahal Tok Dengan Pak Dia Dulu Join Jugak Bersih



Banyak Makan Benda Haram Kot…



Memang La Chill, Chill Dengan Duit Ayah Dia



SUMBER : Twitter