Ramai Tidak Tahu Sebenarnya Tun Mahathir Senyap-Senyap Tinjau Himpunan 812 Icerd. Adakah Benar Dia Ada Atau Tidak

Himpunan ICERD: Berapa jumlah sebenar peserta?

SHAH ALAM – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abd Kadir mendakwa media pro kerajaan memberi laporan kurang tepat tentang jumlah sebenar peserta Himpunan ICERD yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Dalam perkongsiannya di Twitter, Zambry berkata, ada berita-berita pemerintah yang melaporkan hanya 7,000 peserta, kemudian 15,000, kemudian tidak lebih 30,000 orang peserta.

“Saya menyaksikan sendiri, ratusan ribu manusia sesak tidak dapat bergerak (di Himpunan ICERD),” katanya.

Dalam perkongsian itu, Zambry turut memuat naik empat gambar yang menunjukkan keadaan jumlah peserta Himpunan ICERD.

Tun Dr Mahathir Melawat Keadaan Selepas Perhimpunan

KUALA LUMPUR – Sebuah video yang menunjukkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandu kereta di sekitar Kuala Lumpur selepas Himpunan ICERD berakhir, menjadi tular di media sosial.

Video yang berdurasi 1 minit itu memperlihatkan Dr Mahathir memandu kereta jenis Proton, berdasarkan logo yang tertera di stereng kereta berkenaan.

Tiada kenyataan direkodkan dalam video berkenaan, cuma bunyi siren dari pengiring polisnya boleh didengar dalam video berkenaan.

Berdasarkan pemerhatian, Dr Mahathir memandu di sepanjang Jalan Sultan Ismail dan kemudian ke Jalan Raja Chulan.

Jarak itu adalah 2 KM dari Dataran Merdeka di mana perhimpunan ICERD diadakan.

Himpunan ICERD yang berakhir petang tadi berlangsung aman tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Video Tun Mahathir Memandu Selepas Icerd :


SUMBER : Sinar Harian