“Rugi Je, Tiket Dah Beli Tapi Seat Penuh Takde Tempat Duduk…” – Netizen Selar ‘Penonton Kroni dan Ulat Tiket’

Sebelum, semasa, dan selepas perlawanan akhir Piala AFF Suzuki Cup Malaysia menentang Vietnam ada sahaja kontroversi perlawanan akhir ini, daripada penjualan tiket yang habis cepat seperti pisang goreng panas, ulat tiket dan pembongkaran tiket kroni sehinggalah pada hari perlawanan berlangsung.

Tinjauan daripada Astro Awani telah membongkar keluhan, dan aksi berani penyokong bola yang hadir ke Stadium Bukit Jalil semalam, apabila ramai yang tidak berpeluang mendapatkan tempat duduk di dalam stadium, ekoran daripada tempat duduk yang penuh.

Tweet daripada wartawan ini yang berpeluang menemuramah penonton yang berdiri menyaksikan perlawanan malam semalam telah mendapat perhatian netizen di laman sosial.

Penonton Pertaruh Nyawa & Keselamatan Demi Menyaksikan Perlawanan



Takkan Nak Tunggu Ada Kemalangan, Baru Nak Bertindak?

Video yang dirakamkan menunjukkan suasana stadium apabila ramai penonton yang tidak berpeluang mendapat tempat duduk dan mereka telah membahayakan diri memanjat palang dan masuk ke ruang-ruang kecil untuk menyaksikan perlawanan bola.

Tindakan mereka ini disifatkan bahaya, kerana ia boleh mengundang insiden kemalangan.



Jual 8oK tiket, Yang Datang 88K Penonton? Apa Ni FAM?

Di ruangan komen, ramai yang turut bersetuju dengan pendedahan daripada pihak Astro Awani. Mereka menyifatkan masalah tiket berlebihan adalah punca utama kepada kapasiti penonton melebihi had.

Mereka juga mencadangkan agar kawalan keselamatan diperketatkan oleh pihak berkuasa.



Cadang Guna Sistem Seat Bernombor Atau QR Code

Jika anda pernah menyaksikan liga EPL di stadium, sistem tempat duduk bernombor seperti di dalam panggung wayang digunakan bagi menentukan tempat duduk penonton di dalam stadium. Namun, di Malaysia sistem tersebut tidak diguna pakai dan hanya menggunakan kaedah open seating.



Seat Budak, Tapi Duduk Seperti Seat Dewasa



Hapuskan Sikap ‘Cop Tempat Kawan!’



Biasalah Tu, Tak Dapat Seat. Kan Kat Stadium.

Namun ada juga yang menganggap isu tersebut sebagai perkara biasa yang berlaku di dalam stadium apabila melibatkan perlawanan besar seperti ini.



SUMBER : Twitter