Saksikan Detik2 Pembaca Berita ini Menyebut Nama Sebenar Nur Sajat

Kerana Kes Mahkamah Ini, Rahsia Sebenar Nur Sajat Sekali Lagi Terbongkar

Kes pendakwaan ‘Nur Sajat’, di bawah Seksyen 41 (6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 menarik perhatian hari ini apabila Mahkamah Sesyen mendedahkan nama lelaki usahawan kosmetik itu.

Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad memakai baju berwarna merah ketika tiba di mahkamah.
Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad memakai baju berwarna merah ketika tiba di mahkamah.
Nama lelaki ‘Nur Sajat’ adalah Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman walaupun usahawan tersebut berterusan mendakwa dia adalah wanita.

‘Nur Sajat’, 33, kemudiannya mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata di bawah akta berkenaan dan didenda RM900 bagi setiap pertuduhan menjadikan jumlah terkumpul denda adalah RM2,700.

Mengikut Seksyen 41 (6) Akta GST 2014, ‘Nur Sajat’ boleh didenda maksimum RM50,000 bagi setiap pertuduhan.

Nur Sajat Bakal Ambil Alih Organisasi Miss Universe Malaysia? Ini Penjelasannya

Usahawan kosmetik yang juga selebriti Nur Sajat Kamaruzzaman atau lebih mesra disapa sebagai Sajat telah ke Bangkok, Thailand bagi menghadiri acara ratu cantik dunia, Miss Universe 2018. Dalam acara itu, Sajat turut dilihat berada dalam acara karpet merah serta turut bergambar bersama beberapa ratu cantik yang menyertai pertandingan itu.



Sajat Sedia Ambil Alih Tampuk Organisasi Miss Universe Malaysia

Melihatkan pada perkembangan Miss Universe itu, Malaysia yang turut mengambil bahagian bagaimanapun tidak tersenarai dalam senarai 20 finalis akhir. Sajat yang menghadiri acara itu berasa terpanggil memberi kenyataan bahawa dia sedia untuk mengambil alih organisasi berkenaan. Jelas usahawan itu, dia ingin mengambil alih Miss Universe Malaysia Organisation (MUMO) supaya peserta-peserta akan datang jauh lebih bersedia dan berketrampilan.

Bakal Jadi Salah Seorang Penaja Miss Universe?

Dalam perkembangan lain, terdahulu Sajat menerusi laman Instagram nya memberitahu ingin menjadi salah seorang penaja bersama untuk Miss Universe pada tahun hadapan menerusi rangkaian produknya.



Pembaca TV3 Sebut Nama Penuh Nur Sajat, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman

https://youtu.be/KoMOw0FFPv8