Video Penampakkan Sesuatu Di Atas Stadium Bukit Jalil. Ini Kisah Yang Tidak Pernah Diceritakan

Apa khabar semua pembaca. Di sini aku nak share pengalaman seram aku masa bekerja di stadium. Aku mula2 dapat kerja kilang dekat area Ulu Klang tapi tahan sampai 3 hari je sebab dapat panggilan untuk bekerja di Bukit Jalil. Sebab utama aku terima kerja di Bukit Jalil ialah kerja tak sampai 12 jam macam kerja kilang jadi aku terus terima.

Kisah 1

Aku mula-mula ingat kerja di Bukit Jalil ni kerja ofis sebab time interview tu aku tak tanya pulak di mana aku akan ditempatkan jika diterima bekerja. Jadi pada hari pertama tu baru aku diberitahu yang aku ditempatkan di stadium hoki sebagai maintenance. Teruja juga sebab dapat kerja di stadium sebab selalu masuk kena bayar tapi sekarang masuk free je sebab da bekerja di situ kan. Disebabkan aku budak baru jadi aku selalu sorang-sorang je sebab tak rapat lagi dengan budak-budak lama. Sarapan, makan tengahari semua aku sorang-sorang je. Jadi disebabkan takde kawan aku selalulah tapau makanan dan makan di bilik maintenance di tingkat atas.

Tingkat bawah bilik maintenance budak-budak lama akan lepak. Jadi aku segan la nak lepak dengan diorang. Beberapa minggu kerja di sana aku jadi seronok pula sebab bilik maintenance tingkat atas tu hanya aku seorang je lepak. Selalu lepas makan aku akan lelap sampai habis waktu rehat. Time aku tengah baring-baring atas sofa aku terdengar orang drill dinding jadi bunyi bising lah. Dalam hati aku diorang ni tak rehat ke? Disebabkan bunyi terlalu bising aku jadi tak boleh tidur sebab dia tebuk dinding tu betul-betul luar bilik aku.

Aku pun tak tahan terus aku keluar dari bilik tu dan aku tengok tiada orang pon yang tengah buat kerja tebuk dinding. Dan aku tengok mana ada dinding yang ditebuk!!! Elok je lagi semua dinding. Hmmm aku jadi pelik mana pulak datang bunyi orang tebuk dinding tadi? Aku pon malas nak pikir panjang terus lelapkan mata. Baru berapa saat aku lelapkan mata aku da kena tindih dengan benda berat, Ya ALLAH tak boleh nak bernafas dibuatnya.

Aku dalam duk takut-takut teringat pesan kawan-kawan kalau kena tindih baca ayat kursi dalam hati banyak kali dan alhamdulillah aku dapat bangun dan terus aku keluar berlari turun pergi lepak dengan budak-budak yang da senior kat situ dan cerita pada diorang. Budak-budak lama cakap diorang pon tak berani lepak kat bilik maintenance atas walaupun siang dan diorang nasihat aku kalau nak lepak nanti datang bilik diorang je.

Kisah 2

Time ni aku da beberapa bulan bekerja dan dah mula rapat dengan orang-orang lama yang bekerja di situ kira da jadi kawan la. Pada satu petang tu ada seorang technician yang bawak ps2 dan aku pon join la sebab diorang main winning eleven pulak diorang tak tahu yang aku ni power. Haha. Tengah duk ralit main game aku rasa nak terkucil pulak dan aku terus ambik kunci motor pergi stadium nasional. Aku main game kat stadium putra tapi sebab tandas putra tutup terpaksalah aku pergi stadium nasional dan masa tu waktu senja dan waktu tu kosong je sebab takde event kan. Kalau ada event bola memang riuh lagi-lagi kalau malaysia masuk final AFF.

Tapi time tu lengang sunyi sepi jadi aku pergi tandas bawah tanah yang ada kat situ. Masuk-masuk je tandas aku cuba buka lampu tapi hampa sebab rosak plak. Dah la gelap pastu takde orang. Waktu-waktu senja pulak tapi aku beranikan diri masuk juga dan buka lampu handphone. Aku pun masuk bilik air dan tutup pintu. Masa aku buka zip seluar nak buang air kecil tu dengan tiba-tiba semua flush dalam bilik air berbunyi!!! Gila mana ada orang lain yang masuk tandas selain aku. Dengan tak zip seluar terus keluar dari bilik air dan kencing di food court stadium.

Stadium ni selalu lengang dan jarang ada event sebab selalu renovate padang dia jadi dengan kapasiti dia yang besar memang akan rasa seram bila tiada orang.

Kisah 3

Masa jenjalan kat carian google terserempak dengan satu kisah seram yang berlaku di stadium bukit jalil. Kisah ni katanya berlaku masa fenomena ikan flowerhorn tengah in trend. Time tu ramai yang bela ikan tu. Jadi sebab dia tengah popular time tu ada buat pameran ikan flowerhorn kat stadium bukit jalil. Salah seorang pengunjung pameran tu sepasang kekasih ni. Depa pun nak tengok jugak la sambil dating katanya.

Lepas dah habis pameran tu takkan la nak bermalam kat situ kot.. Bawak2 la pulang kepangkal jalan katanya. Kebetulan nak balik.. kereta depa kena blocking so tak dapat la nak keluar terpaksa tunggu tuan punya kereta yang blocking tu datang dulu. Time tu lebih kurang pukul 10.30 malam. Maka pasangan kekasih ni tunggu tepi kereta. Masa depa dok lepak2 tu di awek ni bagitau si pakwe dia katanya ada orang tengah mengintai depa tapi si awek tak bagi si pakwe tengok takut orang tu perasan depa tengok dia.

So, si pakwe pun tak pandang tapi bila awek dia cakap.. orang yang mengintai tu macam tak sorok2 langsung kelibat dia.. terang2 nampak dia mengintai orang maka si pakwe ni macam teruja jugak nak tengok kaki skodeng yang berani skodeng tanpa menyembunyikan diri.. dia buat2 la pusing2 belakang sambil sepak tin. Dia tanya awek dia pengskodeng tu arah mana.. bila awek dia cakap belakang tiang lampu yang jauh cuma 20 meter dari mereka maka dia pun pandang kearah yang di beritahu. Terkejut dia bila apa yang dia nampak.. kaki terkangkang nampak jelas & kepala yang terjuntai dok mengintai pun nampak jelas cuma yang tak nampak badan.

Mustahil la manusia badan dia lebih kecik dari tiang lampu. Ni baru betul2 makhluk halus katanya. Memang halus sungguh badan dia sampai mampu menyorok belakang tiang lampu jalan. Memang tak logik sangat apa yang dia nampak tu adalah manusia. Apa lagi dia ajak la awek dia tunggu tempat lain bila hati pun mula rasa tak sedap sebab dia rasa bukan manusia. Awek dia time tu bila pakwe dia cakap bukan manusia dah lemah semangat & menangis dah takut… Dia kata dari tadi orang tu dok intai2 sambil senyum. Sebab terlampau takut dua2 rasa nak angkat langkah pun jadi berat. Last sekali nak balik ke kereta terpaksa minta guard yang dok buat rondaan kat situ temankan… Siapa di sebalik tiang lampu jalan yang badan sangat slim tu.. Wallahu’alam. Hanya Allah mengetahui segalanya.

Bonus – Video Penampakan ‘Sesuatu’ di Stadium.

https://youtu.be/xcm1e92j1V4

Heboh bila ramai mengatakan ada hantu di atas pintu masuk stadium.Menurut sumber , setelah diamati, ia hanyalah kesan lumut dari lubang air dinding.Hahaha. Cuba korang peratikan betul-betul vid dibawah.

Apa pun ,kami doakan pasukan Malaysia akan menjulang Piala AFF ..

SUMBER : Penjejak Info