Ibu Bapa Panik Selepas Melihat Video Viral Budak Sekolah Dibuli Di Laman Sosial Iras Anaknya

Video pelajar dibuli sekumpulan rakan sebaya yang tular baru-baru ini menyebabkan sebuah famili resah dan bimbang apabila mendapati mangsa seiras salah seorang ahli keluarga mereka.

Menurut Syaiiezzah Athieka Shaharudin, ibu bapanya panik kerana menyangka mangsa buli tersebut adalah adik bongsunya, Sayzwaan Akmaal, 16, memandangkan dia tidak mahu ke sekolah sejak akhir-akhir ini.



“Ayah hantar video dekat WhatsApp group family, dia yakin orang tu adik saya. Dia kata cuba tengok betul-betul, rupa orang yang kena pukul tu macam adik.

“Saya cakap kat abah itu bukan adik. Tapi abah saya tak nak percaya sebab lately ni adik saya macam tak nak ke sekolah.

“Ibu pun tak puas hati. Dia dalam keadaan sebak pergi tanya adik mengenai perkara itu. Adik pun cakap memang bukan dia,”.

Syaiiezzah Athieka atau lebih mesra disapa Tika berkata, ibu bapanya bimbang dengan keselamatan adik bongsunya kerana dia satu-satunya anak lelaki di dalam keluarga.

“Ibu bapa mana yang tak risau jika anak mereka jadi mangsa buli. Lagi-lagilah adik anak bongsu dan seorang je anak lelaki dalam keluarga. Itu yang mereka risau.

“Ayah pun panik sebab masa dia dapat video tu dia dekat tempat kerja. Itu yang dia fikir mangsa adalah adik sebab bentuk badan, rambut dan jam tangan memang ‘sebiji’ macam adik.

“Tapi lepas abah sampai kat rumah pagi tadi, mak dan adik jumpa face to face terangkan perkara sebenar, barulah abah macam lega.

“Lagipun dalam video tu saya dengar mereka cakap macam loghat utara. Lepas tu abah semakin yakin itu bukan adik saya,” katanya.



Susulan itu, Tika memuat naik video insiden buli berdurasi 18 saat itu di Twitternya kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa gejala tersebut masih lagi berleluasa hari ini.

“Walaupun kami dah tahu mangsa buli tu bukan adik saya, sekurang-kurangnya orang ramai akan lebih prihatin terhadap adik mereka yang masih bersekolah selepas melihat video tersebut.

“Mana tahu mangsa buli dalam video ini mungkin adik anda yang di luar sana. Saya juga nak tahu insiden ini berlaku di mana dan berharap agar tindakan tegas diambil terhadap sekumpulan pelajar tersebut,” katanya.

Rakaman pendek itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai kemeja-T dengan jalur di bahu ditendang sekumpulan rakan sebaya di karpet merah.

Video tersebut dipercayai dirakam salah seorang pelajar yang turut berada di lokasi kejadian.

Posting Tika menjadi tular dan diulang kicau lebih 2,000 kali sejak Khamis.

Rata-rata pelayar Twitter menggesa agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera ke atas sekumpulan pelajar terbabit.



Hairul Azhar berkata:”Bawa pergi balai polis. Adik sis pun bawa pergi sekali. Biar polis ambik keterangan. Kalau tu betul bukan dia , buat report pasal video tu sahaja. Dengan polis susah sikit nak menipu.”

Terdapat juga netizen yang menggesa agar Tika bertanya kepada adiknya punca dia tidak mahu ke sekolah kerana bimbang itu satu punca kes buli.

Ada sesiapa tahu tak ni budak sekolah mana? I nak tahu sebab abah i risau. Abah kata yang kena pukul tu adik i since adik selalu taknak pergi sekolah.

adik i dah cakap dah yang tu bukan dia but abah taknak percaya. Tolong i pls i taknak tgk abah sedih :'(

SUMBER : Info News

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express