"Wang Itu Bukan Haknya" - Mufti Kelantan Minta Peniaga Bundle Serah Duit Pada Baitulmal

Semalam viral di media sosial selepas peniaga kedai bundle menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen. Dia yang berkongsi kegembiraan itu di status Facebooknya itu berjaya mendapat perhatian netizen termasuk Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Menurut mufti tersebut, wang itu harus diserahkan kepada Baitulmal untuk kegunaan umum.

Rezeki bundle

https://youtu.be/wtqbHwWfa-4

Peniaga itu menemui wang tunai sebanyak 550,000 yen (RM20,755.84) ketika membuka guni bundle di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin. Dia turut terkejut apabila menemui wang berkenaan jam 8 malam selepas menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

Walaubagaimanpun, menurut Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, sesiapa saja yang menemui wang sama ada di tepi jalan atau di mana-mana kawasan dan gagal mengesan pemilik, ia perlu diserahkan kepada jabatan agama.

Bukan haknya



Jika wang yang ditemui itu ada pemilik, cari tuannya dahulu. Sekiranya gagal mencari pemilik baru serahkan kepada Baitulmal. Tidak kira wang itu dari negara kita atau negara lain, ia tetap wang yang ditemui tanpa pemilik.

Orang yang menemui tidak boleh menggunakan wang itu kerana ia bukan haknya.

Menurut beliau lagi, wang berkenaan jika ditemui di Kelantan harus diserahkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) untuk diuruskan.
Sumber : Harian Metro

Sebelum itu..
TUMPAT: Seorang peniaga menemui wang tunai 550,000 yen (RM20,755.84) dalam pakaian terpakai ketika membuka guni ‘bundle’ di kedainya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok, kelmarin.



Penjual berkenaan, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, berkata dia membeli dua guni bundle di sebuah gudang di Wakaf Bharu pada Sabtu lalu dengan harga masing-masing RM50 dan membawanya pulang ke kedai.



“Saya membuka guni berkenaan untuk disimpan memandangkan saya akan membuka kedai ‘bundle’ dalam masa terdekat dan menemui beg duit warna hitam di dalam kot.

“Saya terkejut melihat wang tunai yang terlalu banyak dan membuat kiraan sebelum mengambil gambar dan memuat naik di laman Facebook jam 9.20 malam kelmarin,” katanya ketika ditemui di Wakaf Bharu, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Wan Mohamad Adam berkata, penemuan wang itu adalah rezeki untuknya selepas membeli lebih 10 guni ‘bundle’ sejak sebulan lalu.



Wang tunai sebanyak 550,000 yen yang dijumpai peniaga bundle, Wan Mohamad Adam. – Ihsan Wan Mohamad Adam

Katanya, dia juga tidak menemui identiti pemilik wang itu dan hanya satu beg duit bersama satu kot.

“Sejak memuat naik di Facebook pelbagai reaksi yang diterima apabila orang ramai mahu membeli beg duit dan kot berkenaan. Namun, saya tidak akan menjual barangan itu kerana ia adalah pembuka rezeki.



“Wang itu akan saya gunakan untuk membuat modal bagi membesarkan perniagaan bundle. Saya sudah menukar wang berkenaan sebanyak 450,000 yen (RM16,800) dan bakinya akan disimpan untuk kenangan,” katanya.



Ni orang panggil durian runtuh.

Rezeki ‘belah guni’, bayar RM50 dapat RM20k.

Seorang peniaga bundle, Wan Mohamad Adam Wan Mohamed, 29, dapat rezeki tersepak apabila menemui 550,000 yen atau lebih RM20,000 dalam dompet pada baju kod yang dijualnya di Kampung Tualang Salak, Jelawat, Bachok ketika ditemui di Union House Clothing di Wakaf Bharu.

#PutrajayaKini
#BelahGuni

Antara komen net1zen.

Badri Hardebi –Kalau saya la, saya diam-diam je. Hehe.. Takut nanti ada member yang dah lama tak jumpa tiba-tiba wassap tanya khabar.

Rain Mohd Hazrin –” Anak abah!… Yang utama! Mari intan mari syg! Dulu abah marah suara kuat xda apa2,… Errr.. itu duit ada lagi ka? Abah mau sikit, boleh? Abah mau belanja sama cucu abah, Ahmad Albab”

Mohd Firdaus Masnin –Hai abg.. lama x jumpa, ni adik mu yg dh lama hilang.. lama saya mencari abg ..akhirnya jumpa juga . Syukur..

Mohd Asyraf –Yes betul org Jepun mmg ska letak duit dlm jaket xpn sluar utk donate..sbb kt sna depa buat charity sapa2 yg sukarela nk donate pakaian utk mangsa2 perang syria dan sebagainya..depa xtau yg pkaian2 tersebut sbenarnya dihantar ke Malaysia utk dijual scara bundle..

Rohani Mat Teh –Selalu teringat pesanan ustaz..kalau jumpa duit dtengah jln jgn amik tu hak orang..kalu dpt rm10..mungkin yg ilang lbh lagi…
Seeloknya2 jumpa org alim utk bertanya kes mcm ni..maaf jika saya silap

Shadad Nur Munirah –Beliau sedara sesama islam sya walaupon lain mak lain bapak tpi ukhwah kita tetap ada, bro dh lma sy nak cari awak.. Saudara ku yg dikasihi sy perlu duit ni jnji esok bayar..

SUMBER : Coretan Media

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express