Mat Sabu 'Aku Lempaq Baru Hang Tau' Selepas Dapati Anak Lelaki Beliau Ditahan Polis Akibat Positif Dad4h

Hari ini tular di media sosial tentang seorang anak menteri ditahan atas positif dad4h. Ramai yang mengatakan anak Menteri Pertahanan Malaysia, Mat Sabu tetapi tiada apa apa pengesahan. Ini update terkini.

Pengesahan Anak Mat Sabu Ditahan Positif Ganja



KUALA LUMPUR: Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dad4h di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam.

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu.

Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Azhar Md Dali mengesahkan perkara berkenaan kepada Astro AWANI melalui aplikasi WhatsApp.

“Aku sahkan anak Abang Mat kena tahan,” katanya ringkas.

Operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.

Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita.

Dalam serbuan itu, dua lelaki termasuk anak menteri tersebut ditahan selepas didapati positif dad4h jenis ganja.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dad4h Berbahaya 1952.

SUMBER : Astro Awani

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express