Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish dan keluarga telah mengadakan sambutan hari lahir ibu Nedim, Norita Sujak yang ke-64 tahun di CE LA VI Kuala Lumpur.
Sempena hari lahir ibu mertuanya, Nora Danish telah memuat naik ucapan khas buat ibu Nedim di Instagram.
Ucapan tersebut telah menarik perhatian peminat yang terharu melihat hubungan kemesraan antara Nora Danish dan ibu mertuanya.
Seperti yang diketahui, walaupun sudah bercerai dengan Jejai, Nora masih lagi mengekalkan hubungan baik dengan bekas ibu mertua, Raja Nora.
Mana tidaknya, setiap tahun Nora pasti akan beraya bersama keluarga bekas mertua. Hubungan kemesraan antara Nora dan keluarga mertua telah memikat hati peminat.
Menantu kesayangan, Nora ni!
Rata-rata peminat memuji hubungan baik antara Nora dengan keluarga mertua. Peminat juga menyifatkan bahawa keperibadian Nora yang disenangi pasti membuatkannya menjadi menantu pilihan.
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express