Pemandu Lori Melarikan Diri Setelah Merempuh 20 Buah Motosikal Menyebabkan 22 Orang Cedera dan 6 Lagi Maut Ditempat Kejadian

20 penunggang motosikal dirempuh sebuah lori treler dalam kejadian di Vietnam yang menyebabkan enam maut, 22 lagi mangsa cedera.

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 3.30 petang 2 Januari, di Daerah Ben Luc, kesemua mangsa sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat sebelum sebuah lori datang dari arah belakang dengan kelajuan tinggi.

Siasatan awal mendapati, pemandu lori terbabit memandu laju untuk melepasi persimpangan itu sebelum lampu isyarat bertukar merah.

Tindakan tidak bertanggungjawab pemandu berkenaan menyebabkan kesemua mangsa dirempuh dan sebahagiannya diseret sejauh 150 meter.

Pemandu lori terbabit, Pham Thanh Hieu, 32, terus melarikan diri dari tempat kejadian dan pihak berkuasa kini masih dalam usaha memburu suspek.

https://youtu.be/CpvcY8FMOAw





Sementara itu, ada sesetengah pihak membuat spekulasi kononnya pemandu lori itu cuba mengelak dari melanggar lori di sebelah kirinya atau lorinya hilang kawalan.

SUMBER : VN Express

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express