Saya Difahamkan Kalau Dipasang Lampu, Ia Bukan Salib

Berhubung isu paparan lambang salib di Grace Residence, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pihak nya belum mendapat apa-apa laporan rasmi lagi.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata isu paparan salib berkenaan perlu diteliti sama ada ia dilakukan dengan niat untuk menimbulkan keresahan dan sensitiviti agama atau hanya sekadar struktur saja.

“Kadang kala kita tengok sesuatu struktur itu nampak macam salib kalau dipandang dari jauh atau sisi atas, malah kalau kita depa tangan ketika berdiri, itu pun boleh dianggap sebagai salib.

“Isunya di sini, adakah ia dilakukan dengan niat atau sebaliknya. Saya difahamkan kalau dipasang lampu (pada bangunan itu), ia bukan tanda salib tetapi perkataan bahasa Mandarin yang membawa makna ‘ong’ (tuah). Saya tidak tahu, itu kata orang... saya belum menerima laporan rasmi,” katanya.

Sebelum ini di utara tanah air heboh bangunan yang memaparkan paparan imej salib yang terletak Grace Residence Jelutong.Isu ini mendapat tentangan pelbagai pihak.

Paparan imej salib itu juga mendapat jolokan 'imej salib terbesar didunia'.

Mujahid turut memperingatkan semua pihak termasuk kontraktor dan pemaju supaya mengambil kira kesan jangka panjang dalam menghasilkan sesuatu struktur bangunan supaya tidak menimbulkan kebencian dan kerapuhan hubungan antara kaum dan agama di negara ini.

SUMBER : Parit Buntar

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express