Antara kumpulan yang berjaya ke final adalah Taman, Puteh, Zero, Shiro dan Bocey. Malam ini merupakan malam terakhir bagi rancangan Maharaja Lawak Mega 2018 dan kumpulan Shiro bergelar juara pada kali ini.
Manakala bagi kumpulan Bocey di tempat kedua dan Zero pula memenangi tempat ketiga, tempat keempat ialah kumpulan Puteh dan tempat kelima, kumpulan Taman.

Tahniah diucapkan buat kumpulan Shiro
Pengacara bagi rancangan terkenal ini ialah Datuk AC Mizal yang mana telah mengumumkan Kumpulan Shiro iaitu Ajak dan Shahrol telah bergelar juara sekaligus membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM 500,000.
Bukan hanya itu, kumpulan Shiro pada malam ini juga telah memenangi Oppo Punchline Machine yang terakhir.
SUMBER : Zon Lawak
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express