Sekeluarga yang maut dalam nahas MH17 itu adalah Tambi Jiee, 49, dan isterinya Ariza Ghazalee, 46, serta empat anak mereka Muhammad Afif, 19, Muhammad Afzal, 17, Marsha Azmeena, 15, dan Muhammad Afruz, 13. Mereka yang berasal dari Kuching, berada dalam penerbangan pulang ke Malaysia selepas Tambi menamatkan perkhidmatan selama tiga tahun dengan syarikat Shell di Kazakhstan.

Berikutan dengan nahas yang berlaku, sejumlah wang pampasan telah dibayar kepada waris terdekat. Walau bagaimanapun, waris terdekat telah sepakat bagi mewakafkan kesemua wang pampasan tersebut untuk membina sebuah surau di Jalan Depo, Petra Jaya.
Menurut sumber, surau hampir siap dibina itu dan diberi nama Al-Ghazali berkenaan dibangunkan dengan wang pampasan diterima keluarga terbabit. Pembinaan surau yang membabitkan kos anggaran RM3.5 juta tersebut boleh menampung seramai 450 jemaah.

Saham Akhirat

Netizen juga turut terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh waris keluarga terbabit.
Alhamdulillah

Hebat Sungguh

SUMBER : Harian Metro
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express