"Dia Tunjuk Gambar Dia Orang Dah Bernikah” Emma Maembong Dan Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Khabarnya Emma Maembong Dan Syed Abdullah Sudah Bernikah. Baru sahaja reda isu membabitkan pelakonEmma Maembong dan Syed Abdullah, terbaru kedua-dua mereka dikatakan sudah bernikah apabila terdapat akaun di laman Instagram yang dikenali sebagai makcikpuaka dan memespuaka mendedahkan mengenai status hubungan mereka. Terdahulu, kedua-dua mereka dikatakan sedang hangat bercinta apabila sering kali dilihat bersama .

Netizen Dedah Syed Abdullah Tunjuk Gambar Nikah
Menerusi laman Instagram nya, penguna itu telah memuat naik beberapa suntingan perbualan diantara netizen dimana isi kandungan perbualan tersebut mengatakan bahawa Emma dan Syed sudah bernikah.

Dedah akaun itu lagi,Syed telah menunjukkan gambar pernikahan mereka berdua kepada beberapa orang netizen. Pendedahan itu dibuat kononnya mereka berasa bersalah mendiamkan hal tersebut kerana melibatkan isu fitnah ke atas Emma dan Syed.



Syed Saddiq Tegur Netizen

Dalam perkembangan lain, abang kepada Syed yang juga Menteri Belia & Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiqturut dihujani pelbagai komen yang dikaitkan dengan abangnya di Instagram. Tegas Syed Saddiq, meskipun isu tersebut hangat diperkatakan Syed masih abangnya dan dia tidak perlu mendedahkan perkara melibatkan teguran atau perbincangan di antara keluarga kepada umum.

“Saya tidak perlu beritahu satu dunia berkenaan teguran ataupun perbincangan di antara keluarga. He is still my brother, saya akan sentiasa doakan untuk dia,”

Sehingga kini dakwaan berkaitan Emma dan Syed sudah bernikah tidak dapat dipastikan.

Terdahulu, kedua-dua mereka memohon maaf secara terbuka selepas tularnya gambar mereka berdua di media sosial dimana turut memperlihatkan pelakon itu membuka hijabnya. Meskipun begitu, Emma menafikan gambar seorang gadis berseluar pendek bergambar bersama Syed adalah dirinya. sumber dari hangat. Ini serba sedikit tentang emma maembong. Fatimah Rohani binti Ismail (lahir 27 Mac 1992) atau lebih dikenali sebagai Emma Maembong, merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia. Beliau dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Munirah dalam drama Kau Yang Terindah, sebagai Nawwal Husna dalam Projek Memikat Suami, sebagai Aleesa dalam Astana Cinta Aleesa, sebagai Aryana dalam Yes Boss, sebagai Medina Izwani dalam Isteri Separuh Masa, sebagai Farhah dalam Tersuka Tanpa Sengaja dan sebagai Emma Harlini dalam #AssalamualaikumCinta.

Emma sebenarnya menggabungkan nama beliau dengan nama bapanya, Ismail Embong untuk nama komersialnya. Sebelum ini, Emma turut berlakon dalam drama TV Alhijrah, Facebook Ustazah Shamsiah, arahan Erma Fatima sebagai pelajar sekolah. Emma mendapat kepercayaan Erma Fatima sekali lagi dan telah diberi peranan sebagai Munirah dalam Kau Yang Terindah. Menurut Emma, beliau ​​yang pertama kali menggambarkan watak seperti Munirah, yang merupakan seorang watak yang sangat mencabar (perempuan yang terjebak dengan kekasihnya).

Selesai lakonannya dalam Kau Yang Terindah pada tahun 2012, namanya menjadi terkenal selepas itu.Walaupun dia hanya berlakon sebagai watak sampingan, dia juga mendapat peminatnya disebabkan mukanya kelihatan seperti Pan-Asia. Bagaimanapun, beliau menerima banyak teguran mengenai kualiti lakonannya. Emma menerima kritikan dengan hati yang terbuka dan berjanji untuk meningkatkan kemahiran lakonannya kerana ia adalah drama pertamanya dan dia tidak mempunyai pengalaman dalam lakonan.

Emma membuat penampilan pertamanya di layar lebar menerusi watak sebagai Jenab dalam filem komedi seram gelap Usop Wilcha Dalam Werewolf Dari Bangladesh arahan Mamat Khalid, beliau digandingkan bersama Saiful Apek dan Zizan Raja Lawak.Selepas itu beliau membintangi bersama Amar Baharin, Amyra Rosli dan Hafreez Adam dalam drama komedi romantik adaptasi novel, Tersuka Tanpa Sengaja. Selain itu, beliau juga terkenal menerusi gandingannya bersama Aiman Hakim Ridza menerusi drama Projek Memikat Suami dan Isteri Separuh Masa yang kedua-duanya bersiaran di Astro Ria.

Emma digandingkan sekali lagi bersama Aiman Hakim dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang yang difilemkan di Korea Selatan dan ditayangkan pada 30 Mac 2017

SUMBER : Mat Bawang

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express