Ujian Kelajuan Yang Dilakukan Ini Yang Pertama Di Dunia. Mampukah Yamaha R1 Mengalahkan Mereka?

Tiga super car, satu super motorbike, kereta Formula 1, kapal terbang peribadi dan jet pejuang ditemukan dalam satu perlumbaan yang bukan biasa-biasa dalam satu festival di Istabul, Turki.

Antara kenderaannya adalah motosikal Kawasai H2R, Kereta Tesla P100DL, Aston Martin New Vantage dan Lotus Evora GT430 . Formula 1 adalah kereta daripada pasukan Red Bull. Kapal terbang peribadi ialah Solo Turk’s F-16 dan terakhir jet pejuang Challenger 605.



Kesemua pemandu darat setiap daripada kenderaan ini diberikan 400 meter laluan lurus, manakala pemandu kenderaan udara berada di laluan udara bersebelahan.

Perlumbaan bersejarah ini mengambil tempat di festival penerbangan, ruang dan teknologi yang diadakan di lapangan terbang sebelum secara rasmi di buka pada Oktober yang lalu.



Tempat ketiga dimenangi oleh kapal terbang peribadi, tempat kedua dimenangi oleh kereta Formula 1 yang dipandu oleh Jake Dennis dan juaranya ialah Jet Pejuang yang dipandu oleh Sofuoglu yang mana akan bersara dan menjadi seorang ahli politik selepas ini.



Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express