Sebelum memulakan kerja-kerja mengutip kayu untuk dibuat lantai di rumah, Sunny menasihati orang ramai agar mendapatkan permit dahulu (bergantung kepada undang-undang dan peraturan yang telah ditetapkan di negara masing-masing).
Selain itu, anda perlu menjalankan sedikit kajian tentang penggunaan kayu yang sesuai untuk rumah anda. Berikut merupakan langkah-langkah untuk menjalankan kerja-kerjanya:
#1. Potong dahan menggunakan gergaji dalam ketinggian 1 inci

#2. Hanya gunakan potongan yang bersih dan dalam keadaan yang baik sahaja. Pilih betul-betul

#3. Dengan menggunakan ‘belt sander’ (pelicin permukaan), licin dan gilap kedua-dua belah permukaan potongan dahan yang telah dipilih tadi. Setelah itu, jangan lupa pula untuk membersihkan permukaan konkrit ya. Senang sahaja, sapu dan mopkan.

#4. Susun potongan dahan tersebut pada permukaan lantai konkrit. Pastikan susun atur potongan dahan itu rapat antara satu sama lain.

#5. Kemudian gam menggunakan gam pelekat Loctile PL Premium Construction Adhesive.

#6. Gunakan semula belt sander untuk melicin dan merata serta menggilap permukaan potongan dahan tersebut.

#7. Sapukan salutan ‘polyurethane’ pada bahagian luar kepingan dahan yang telah digamkan pada lantai.

#8. Campurkan 80% ‘tile grout’ dan 20% daripada habuk kayu lalu isikannya di antara kepingan kayu berkenaan. Kemudian, sapukan lagi 2-3 lapisan bagi mengelakkan grout tadi 3melekat ke bahagian lain. Siap!
SUMBER : Era Baru
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express