Anda Ada Masalah Gout? Ini 8 Rawatan Paling Berkesan Untuk Merawat Penyakit Gout, (Pengumpulan Asid Urid Pada Dalam Darah) Secara Semulajadi

8 Rawatan Paling Berkesan Atasi Penyakit Gout Secara Semulajadi

Pesakit bagi penyakit gout memang akan menderita hingga hujung hayatnya. Jarang yang akan sembuh, kalau sembuh pun dengan disiplin yang tinggi. Tetapi itu tak bermakna pesakit bagi penyakit gout harus berputus asa.

Penyakit gout ini terjadi apabila asid urik yang berlebihan atau tinggi dalam darah dan membentuk kristal di bahagian sekitar sendi, terutama tapak kaki dan jari kaki. Apabila terbentuk kristal di setiap sendi, itulah punca kesakitan bila ingin melakukan aktiviti pergerakkan.

Kebiasaannya bila sudah disahkan oleh doktor bahawa anda mengidap penyakit gout, pesakit gout akan ambil ubat yang diberi doktor berterusan setiap hari dan mengawal makanan harian. Tetapi tak menjadi masalah sekiranya anda ingin mencuba kaedah rawatan semulajadi yang berkesan ini.

Atasi Penyakit Gout. Setiap penyakit ada ubatnya, begitu jugalah dengan sakit gout.

8 Rawatan Semulajadi Atasi Penyakit Gout

Timun. Timun yang dibuat jus dan kelebihannya dapat mengurangkan asid uric. Ada kajian telah membuktikan jus timun dapat menurunkan suhu badan. Malah jus timun bersifat alkali dapat menghilang sakit pada sendi-sendi akibat dari gout.

Campuran nenas, lobak putih dan buah keras. Tip petua ini pernah diamalkan oleh seorang pengidap penyakit gout bertahun-tahun. Amalkan campuran jus ini dan minum 3 bulan sekali. Nenas paling sesuai adalah yang masak. Campuran ini dapat neutralkan asid urik kerana enzim yang terdapat pada nenas.

Buah Ceri. Digalakkan pesakit gout untuk amalkan makan buah ceri setiap hari kerana buah ceri bersifat anti-oksidan. Buah ceri ini dapat mengurangkan keradangan. Amalkan setiap hari untuk kesan yang terbaik sebab ceri menguatkan sistem imunisasi.

Sayur Saderi. Sayur saderi boleh dibuat jus dan ia tinggi dengan antioksida dimana ia boleh membantu mengurangkan rasa sakit gout.

Epal. Jika jus epal diminum dan diamalkan setiap hari ia boleh menyembuhkan banyak penyakit. Tapi untuk gout jus epal boleh neutralkan asid urik dalam badan.
Sama juga jika ada cuka epal ia boleh dibancuh 1 atau 2 sudu dengan air dan minum setiap hari.

Halia. Ada juga yang mengamalkan makan halia atau minum air halia setiap hari kerana ia bersifat anti radang. Halia dapat mengurangkan rasa kesakitan dan radang.
Dengan halia boleh pelbagaikan dalam menu masakan.

Pisang. Terdapat kalium yang tinggi pada pisang yang membolehkan ia menukarkan asid uric kepada cecair. Apabila dah bertukar ke cecari ia akan disalurkan keluar melalui air kencing. Cuma amalkan makan pisang 1-2 biji sehari sudah memadai.

Jus Lemon. Jus lemon sangat elok diminum setiap hari sebab jus lemon dapat meneutralkan semula asid urik yang berlebihan dalam badan.
Cara paling mudah amalkan jus lemon 1-2 gelas setiap hari.



SUMBER : Ayurosman

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express