“Bawak Pergi Masjid & Kedai Je..” – Isteri Hadiah Motosikal Untuk Saharul Ridzwan

Menjangkau usia 30 tahun pada 26 Januari lalu, pelakon Saharul Ridzwan sentiasa mencari peluang perniagaan bagi menjamin masa depan.

Sempena ulang tahun kelahiran tersebut, isterinya membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah motosikal Yamaha NVX berwarna kuning sebagai tanda kasih sayang.




“Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat. Hadiah birthday daripada isteri saya. Thank you sayang. Lepas ni senang nak pergi beli barang dapur kan?,” tulis Saharul yang memuat naik posting di laman sosial Instagram.

Terima kasih sayang!

Suami kata nak bawak pergi dekat2 je!

Terdahulu, pelakon drama Jangan Benci Cintaku itu ada menyatakan hasrat untuk memiliki sebuah motosikal pada satu hari nanti.




Saharul atau nama penuhnya Mohd. Saharul Ridzwan Hashim berkahwin dengan Deena Emir pada 16 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Luth Ali yang kini berusia dua tahun.

SUMBER : Saharul Ridzwan

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express