Bekas perdana menteri itu kini sudah banyak berubah dan tidak lagi terlalu mengikut formaliti seperti sebelum ini, dia dilihat mula disukai ramai selepas tagline ‘Malu Aper Bossku’ mula menjadi sebutan ramai.
Amboi Pak Jib dah pandai lepak dengan mat rempit ye
Bukan sahaja sudah pandai berjenaka malah DS Najib juga kini sudah mula mahu mengikuti trend anak muda seperti tagline yang biasa digunakan di sosial media antaranya ‘On tak on’ dan terbaru, ‘Bukan beshe-beshe’.
Stop making fun of yourself DS Najib…
Pun begitu, ramai juga yang sudah mula berasa tidak selesa dengan perilaku DS Najib yang seperti memalukan diri sendiri. Ada yang berpendapat sebagai seorang negarawan beliau sepatutnya lebih bersikap profesional supaya tidak hilang rasa hormat rakyat kepadanya.

DS Najib makin pelik jer…

Bukan macam ni caranya untuk ambil hati penyokong


Walaubagaimanapun, janganlah kita mudah nak menilai perubahan yang berlaku kepadanya, kerana dia juga manusia biasa ada keinginan dan kehendak. Yang menyokong akan terus menyokong, yang mengeji akan terus mengeji jadi biarlah dia dengan caranya.
SUMBER : Instagram Najib Razak
Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express