Biadab! Ingatkan Nak Tolong Pakcik Kelaparan, Rupanya Buat Video Tik Tok

Pada zaman kini, terdapat sesetengah individu hanya pentingkan populariti tanpa menghiraukan perasaan orang lain. Apatah lagi sekiranya meminta bantuan, ‘gila’ publisiti yang diutamakan!

Baru-baru ini, seorang pengguna laman sosial Facebook, Ramya Ammu memuat naik sebuah video dimana kelihatan seorang pemuda dan pakcik berada di sebuah kedai dobi.



“Kalau awak tak nak bagi duit, diam je la b***h, kenapa awak ambik video & buli uncle tu.

“Masa i pergi KL Sentral pun ada orang Melayu minta duit & dia kata lapar, i ada beli makanan dan bagi duit juga, kenapa you orang buat macam ni, kalau you tak nak bagi duit jangan la buat video,” tulisnya.

https://youtu.be/dmeoiYeBcfE

“Saya pun belum makan lagi. Saya pun lapar. Uncle mahu berapa ringgit?” tanya pemuda itu yang berpura-pura sedih.

Menerusi video berdurasi 28 saat itu, kelihatan pakcik tersebut kelaparan dan meminta sedikit wang untuk membeli makanan.

Namun tiada bantuan diberikan oleh pemuda itu sebaliknya dia sempat membuat video dengan mengunakan aplikasi Tik Tok.

Posting berkenaan mendapat lebih 4,300 perkongsian dan ratusan komen netizen yang rata-rata mengecam tindakan pemuda itu yang seolah-olah mempermainkan perasaan orang tua tersebut.

Tak lawak langsung!



Bersedekah la! RM2 je kot



Sedih tengok pakcik tu!



Walau bagaimanapun, difahamkan pemuda yang dikenali sebagai Deni Baadillah itu merupakan warga Indonesia yang bekerja dan menetap di negara ini.

Pernah kena kantoi



Suka cari publisiti murahan!



SUMBER : Ramyu Ammu

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express