Bila Imbau Kembali Detik Dimadukan, Luahan Hati Bekas Madu King Coco Buat Netizen Sebak

Hidup bermadu bukanlah suatu perkara yang mudah bagi seorang wanita, tambahan pula apabila mengetahui si suami memilih untuk hidup bersama wanita lain, setelah kesetiaan diberikan oleh isteri.

Ditemui pihak Majalah Nona, bekas isteri Kapten Azrin, Nor Azura dilihat tabah menjalani kehidupan mendatang bersama tiga orang cahaya matanya, setelah bercerai secara baik dengan suami kepada Insta famous terkenal, King Coco.

Kisah penceraian mereka mula tular di media sosial selepas bekas isteri Ude Wahid, Intan Salleh memuat naik foto bersama Nor Azura di Instagram.

Air mata Azura tumpah jua

https://youtu.be/zld8c8Zcfys

Sebelum ini saya tak pernah kerja

Setelah berkahwin dengan Kapten Azrin, Nor Azura mengakui dia tidak bekerja dan hanyalah seorang suri rumah sepenuh masa menjaga rumahtangga membesarkan tiga orang cahaya mata.

Ujarnya, penceraian tersebut merupakan perkara yang mengejutkan, apabila dia perlu belajar untuk bekerja dan mencari duit poket sendiri demi membesarkan anak-anaknya.



Bila tahu suami ada dia, hati saya sedih

Menceritakan kembali detik ketika suaminya mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Insta famous tersebut, Nor Azura mengakui bahawa hatinya sedih dan terkejut.

Ketika disoal, air mata wanita berusia 26 tahun ini tumpah, mengenangkan perkahwinan pertama yang hadir dalam hidupnya berakhir dengan perpisahan. Namun dia sentiasa perlu kuat dan tabah demi anak-anak.



Jika diputarkan masa, saya nak sangat belajar banyak perkara dan ada pendapatan sendiri

Menurut Nor Azura sepanjang perkahwinannya bersama bekas suami, dia tidak mempunyai pendapatan sendiri, dan jika diputarkan kembali masa dia ingin belajar banyak perkara dan bekerja supaya bersedia menghadapi penceraian ini.

Ketika melalui detik sukar penceraian, keluarga dan rakan banyak memberinya sokongan supaya tabah dan kuat demi anak-anak.





Semoga Nor Azura tabah menghadapi dugaan sebagai seorang ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya.

SUMBER : Instagram Nor Azura

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express