Ditahan Sekatan Jalan Raya Akibat Pakai No Plat BOSSKU Di Motor, Reaksi Lelaki Ini Dengan Polis Buat Netizen Buat Netizen Terhibur

'Malu Apa Bossku’ itu tiga perkataan yang ditulis pada sebuah poster dengan gambar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menunggang sebuah motosikal yang kini menjadi tular di media sosial. Pengaruh Bossku ini dapat dilihat kuat dikalangan anak-anak muda.

Letak BOSSKU Sebagai No Plat Motor

Tapi lain pula yang berlaku kepada lelaki ini, mungkin kerana terlampau obses dengan Bossku, dia membuat tindakan menukar no plat motor dan mengantikan dengan perkataan Bossku. Apa yang mengelikan hati, selepas kantoi dengan polis, dia menagis takut digari. Dapat dilihat dia cuba membuang perkataan tersebut satu demi satu, sambil menangis.

Asal Usul Perkataan ‘Bossku’

Bossku atau bosku merupakan bahasa slanga yang kini digunakan oleh kalangan anak-anak muda terutama golongan bermotosikal.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka menerangkan, slanga adalah kata-kata (ungkapan dan sebagainya) yang tidak tergolong dalam percakapan tidak rasmi.

Bagi individu yang sentiasa mengikuti trend terkini di lama sosial, sudah pasti melihat fenomena penggunaan bahasa slanga ini dengan lebih jelas lagi.

Semakan di Twitter mendapati perkataan slanga ‘bossku’ didakwa berasal dari Sabah.

“Perkataan ini asal dari Sabah dan Sabahan guna perkataan bossku terutama bila berjual beli. Orang Semenanjung yang tak tau function ‘bossku’ ni acah-acah nak pakai dalam daily conversation,” tulis [at]ASyrfe



Seorang pengguna Twitter [at]InjangNation juga mendakwa perkataan ‘bossku’ mula digunakan oleh masyarakat Sabah terutama di daerah Tawau.

“Perkataan ‘bos’ orang Sabah selalu guna untuk merujuk seorang yang kita tak tahu/kenal nama orang tu. Contoh ayat ‘Bos, boleh tanya ke?’. Dia sama macam ‘bro’ juga la. Di sabah semua orang ‘bos’, tak kesah la kau bos betul ke, kuli ke, bangla ke, panggilan ‘bos’ memang biasa,” kata [at]InjangNation

Sebuah laman sesawang Yoodo Community turut medakwa perkataan ‘bossku’ merupakan bahasa slanga yang berasal dari negeri Di Bawah Bayu itu.

“Bossku sana bossku sini? Tahukah korang perkataan bossku ini dari Sabah, ianya bermaksud ‘kawanku’. Ianya digunakan kepada teman supaya nampak lebih akrab? Malahan dengan orang tidak dikenali, barulah nampak mesra gitu dan macam biasalah menjadi tular di Semenanjung Malaysia,” tulis laman sesawang tersebut.

Sementara sebutan ‘malu apa bossku” mula menjadi sebutan yang popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama Najib. Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘bosku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu apa bosku’.

Foto grafik Najib menaiki motosikal Yamaha Y15ZR bersama perkataan ‘malu apa bossku’ juga telah tersebar dengan pantas di saluran media sosial.

VIDEO :

https://youtu.be/uT3y2gKpH10

Berikut Reaksi Dari Netizan:

“Tak tahu laa nak sedih kat dia or nak gelak kat dia . Dua dalam satu . maaf dik . akk pilih gelak”

“Xpa berlajar dari kesilapan…esok dia..xesen sngat dgn orng..”

“Boleh jadi bahan seumur hidup boss ku. Kalau xtahan terjun bangunan”

“Sakan dia nangis,tu la buat bukan2 lagi”

“Pandai buat, pndai tnggung lhh… Wkwkwkwkwkwk”

P/s: Apa-apa pun, admin harap anak-anak muda jangan la terlalu obses dengan fonemena bossku ini sehingga membuat perkara yang melanggar undang-undang negara. Malu Apa Bossku?

SUMBER : Sam Son Media

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express