"Talam Dua Muka Ke Budak Ni?” – Penyokong Najib Mula Rasa Tak Sedap Hati Dengan Ron Kamisan

Sejak akhir-akhir ini, kalau korang perasan bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak dilihat rapat dan sering bergaul dengan individu yang dikenali sebagai Abang #MaluApaBossku, saudara Ron Kamisan.

Boleh dikatakan hampir kesemua video Najib menyebut #MaluApaBossku ni mesti ada individu bernama Ron disisinya. Nah ini video terbaru yang mungkin korang dah tengok semalam. Ron ada di kanan Najib.



 










View this post on Instagram



















 

Bukan biasa biasa #BBB gang kita @maluaperrrbossku #maluapabossku


A post shared by Najib Razak (@najib_razak) on






Penyokong Najib rasa tak sedap hati dengan Ron Kamisan?

Menerusi perkongsian Facebook individu bernama Nabeel Naqie II, dia yang juga penyokong bekas PM ni meluahkan rasa tak sedap hati selepas melihat akaun Facebook Ron iaitu Mohd Nor Kharoni Bin Kamisan yang masih menggunakan cover photo bersama Perdana Menteri dan isterinya walaupun kini sudah menyokong Najib Razak. Aikk ini pelik dah ni!





Kata Nabeel, dia tidak mahu Ron mendekati Najib dengan niat sekadar untuk berbisnes dan ada muslihat lain yang tak diketahui.



"Kalau betul nak baik dengan Najib, buanglah gambar Tun”

Pendedahan ini telah membawa kepada serangan netizen terhadap akaun Facebook Ron yang mana ramai mahukan penjelasan daripada lelaki tersebut sama ada dia betul-betul menyokong Najib ataupun sebaliknya.





Buat masa ni, saudara Ron memang tak keluarkan apa-apa kenyataan lagi dan pihak DS Najib Razak juga masih mendiamkan diri. Jadi kita tunggu dan lihat je lah what’s next kan?

Apa-apapun admin rasa ia pengajaran berguna untuk kita semua supaya berhati-hati dengan siapa kita percaya dan bergaul. Takutlah nanti tak pasal-pasal kita dijatuhkan sebab bergaul dengan orang yang salah kan?

SUMBER : Lobak Merah

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express