“Dulu Ayah Bawa Teksi Demi Besarkan Kami…” -Anak Gadis Allahyarham Mr. Os Kini Bergelar Doktor

Pemergian pelawak terkenal Mr. Os pada April 2016 telah memberikan impak kepada anaknya, Syafiqa Hayra untuk lebih berusaha belajar mengejar cita-citanya bergelar seorang doktor.

Selepas tiga tahun allahyarham Mr. Os dijemput ilahi, kini anak perempuannya telah berjaya mendapatkan segulung ijazah kedoktoran di Mesir.

Raut manis wajah anak pelawak terkenal itu telah mencuri tumpuan ramai apabila kejayaannya telah mendapat perhatian ramai.

Manisnya Dr. Syafiqah Hayra!





Kejayaan ini untuk arwah ayah!

Ketika ditemui portal Astro Gempak, Syafiqah Hayra menzahirkan rasa sedih kerana allahyarham tidak sempat melihat pencapaian dan kejayaannya, dan mendedikasikan ijazah yang dimiliki kepada ayahnya.

Kejayaan ini saya dedikasikan kepada arwah ayah kerana banyak menyokong saya untuk menceburi bidang perubatan. Ijazah ini hadiah untuk arwah ayah. Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.



Ayah selalu pesan suruh saya jadi doktor

Menurut Syafiqa, sewaktu ayahnya masih hidup ayahnya sentiasa berpesan kepadanya untuk menjadi seorang doktor yang baik serta menyumbang bakti kepada masyarakat demi Allah.

Nasihat arwah ayahnya sentiasa menjadi pemangkin semangat untuknya. Mengimbau kembali detik ketika Mr. Os pergi menghadap Ilahi, Syafiqa ketika itu sedang berada di Mesir namun sebaik mendapat berita kematian ayahnya dia tidak dapat pulang kerana tiada penerbangan ke Malaysia pada ketika itu.







SUMBER : Instagram Syafiqa Hayra, Astro Gempak

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express