Gugur Jantung Tengok Rakaman Bagaimana Anak Ini Hampir Diculik Dan Tindakan Bapa Untuk Selamatkan Anaknya Sungguh Berani

Ada sahaja kegiatan jahat yang hendak dilakukan tak kira dimana berada atas alasan desakan hidup. Bila sudah dikurniakan akal dan cukup sifat, apa salahnya bekerja bagi mencari sesuap nasi.

Kali ini, menerusi Harian Metro seorang bapa, Suhaimi Mohd Noor berumur 39 tahun diseret hampir 50 meter kerana ingin menyelamatkan anak lelakinya, Mohd Asyraf berusia dua tahun ketika penjenayah cuba melarikan motosikal Yamaha 135lc miliknya.

Bapa Menceritakan Apa Sebenar Terjadi Ketika Itu

Kami dari Wakaf Che Yeh dan saya meninggalkan anak di raga hadapan motosikal tanpa mematikan enjin untuk membeli roti.

Secara tiba-tiba sebuah motosikal Honda Wave warna merah ditunggang dua lelaki menghampiri dan pembonceng motosikal itu turun daripada motosikalnya dan cuba melarikan motosikal bersama anak sekali.

Kejadian berlaku pantas dan tanpa berfikir panjang saya mengejarnya dan berjaya berpaut di bahagian belakang motosikal, namun terseret kira-kira 50 meter sebelum motosikal itu jatuh terbabas.

Berpaut Di Bahagian Belakang Motosikal



Kejadian yang berlaku di hadapan kedai runcit Wakaf Che Yeh itu berjadi dirakam litar tertutup (CCTV) milik kedai itu dan telah viral di Facebook semalam. Anak lelakinya cedera dimuka dan kaki kanan apabila terjatuh dari motosikal tersebut.

Walaubagaimanapun, selepas motosikalnya jatuh penjenayah tersebut bersama rakannya yang mengekori dengan sebuah motosikal lain masih enggan melarikan diri, sebaliknya bergelut dengan mangsa untuk melarikan motosikal tersebut. Lantaran itu, penduduk kampung yang berada berhampiran kedai runcit itu turut membantu mangsa untuk menangkap dua penjenayah tersebut.

Malangnya mereka sempat melarikan diri. Alhamdulillah motosikal saya selamat, anak juga stabil walaupun trauma dan menangis ketika dibawa pulang ke rumah.

Matikan Enjin Sebelum Tinggalkan Kenderaan



Mangsa dan anaknya menerima rawatan d hospital swasta di Kota Bharu dan seterusnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Polis Kota Bharu ditemani isterinya Nurul Huda Mahmood. Usaha memburu dua suspek itu giat dilakukan kata Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud dan beliau menasihati orang ramai supaya lebih berhati-hati. Jangan sesekali tinggalkan kenderaan anda dengan enjin masih hidup walau hanya seketika supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

Video Detik Kejadian :

https://youtu.be/qU_dZrpw2wo

SUMBER : KL Viral

Nota : Jika Anda Rasa Artikel Ini Menarik Mohon Kongsikan Kepada Rakan Rakan Anda Di Facebook Dan Jangan Lupa Untuk Like dan Terus Ikut Kami Di Lubok Cerita Express